Monday, May 31, 2010

Kg Baru : Dari 100% jadi 60%

1. Kg Baru KL milik 100% Melayu.
2. Datang pemimpin Melayu mencadangkan supaya Kg Baru dibangunkan.
3. Orang Cina tak sebok pun nak suruh org Melayu bangunkan Kg Baru.
4. Orang India pun tak sebok-sebok suruh orang Melayu bangunkan Kg Baru.
5. Pemimpin Melayu yang sebok-sebok suruh orang Melayu bangunkan Kg Baru.
6. Pemimpin Melayu kata kononnya mereka segan dan malu dengan orang Cina dan India dan orang putih yang datang KL bila mereka tengok keadaan di Kg Baru.
7. Sedangkan sebenarnya keadaan Kg Baru tu okay saja, maju, aktibiti rancak dari semua segi, perniagaan, pendidikan, keagamaan dan sebagainya. Kawasan pun bersih.
8. Kemudian datang lagi cadangan yang lebih teruk.
9. Cadangan itu pun datang dari pemimpin Melayu.
10. Pemimpin Melayu itu mahu orang bukan Melayu dapat 40% dari pembangunan Kg Baru.
11. Orang Cina tak sebok pun nak mintak apa-apa bahagian.
12. Orang India pun tak sebok-sebok mintak apa-apa bahagian.
13. Pemimpin Melayu yang sebok-sebok suruh orang Melayu bagi 40% kepada orang Cina/India.
14. Dulu guna alasan segan, sekarang nak guna alasan apa ye ?
15. Ada lagi pemimpin Melayu yang dengki khianat pada bangsanya sendiri, tak senang tengok bangsanya duduk aman damai dan bahagia. Ada saja gatal tangan kaki dan kepala hotak nak mengurangkan hak orang Melayu.
16. Pemimpin Melayu itu orang-orang UMNO kah ?

Thursday, May 27, 2010

M-S Pte Ltd : Dari 60:40 ke 0:100

Tanah KTMB dijual kepada Syarikat M-S Pte Ltd. Malaysia pegang saham 60%, Temasek Holdings pegang 40%. Dah namanya pun saham, senang di dijual beli. Nanti pasti Temasek akan beli yang 60% tu. Bukan susah, boleh ke Kerajaan Malaysia mentadbir perniagaan di luar negara dengan berjaya ? Belum ada rekod kejayaan. Tentu saham jatuh, Temasek bukan tak nampak hal tu. Masa tu, 60% akan kena ngap dengan Temasek. Temasek tu bermain di padang sendiri, banyak kelebihan dan tentu banyak undang-undang Singapura yang memihak kepada Temasek. Ingat, M-S Pte tu Pte Ltd, bukan Sdn Bhd. Kalau kerajaan Singapura buat pindaan pada undang-undang syarikat yang memihak kpd syarikat tempatan, apa Kerajaan Malaysia boleh buat ?

Wednesday, May 26, 2010

Anak Tun razak tak semestinya macam Tun Razak

Kita silap bila beranggapan anak Tun Razak akan bersikap, mempunyai semangat, berjiwa seperti Tun Razak. Bertahun-tahun kita menunggu dan berharap Tun Razak telah menurunkan ilmunya kepada anaknya dan membentuk anaknya supaya jadi macam dia, sebab itu kita bagi sokongan pada anaknya semata-mata kerana dia anak Tun Razak yang kita kenali jasanya dan jiwanya. Kita silap. Pembetulan ? Harus dilakukan. 

Perkahwinan

Perkahwinan ialah untuk seorang lelaki berhempas pulas cari duit hantaran untuk diberi kepada pihak perempuan supaya lelaki itu dapat menghambakan diri kepada isterinya. Kakakakakakaka....

Subsidi ditiadakan, tol diturunkan, siapa untung, siapa rugi

Tol linkedua akan diturunkan :
===>  Orang Malaysia untung, Orang Singapura untung.
Semua subsidi akan ditiadakan :
===> Orang Malaysia rugi, orang Singapura tak rugi tak untung.

Nampaknya akaun tak seimbang.

Monday, May 24, 2010

Lesen judi membantutkan plan aku

Aku baru plan nak suka balik kat BN lepas aku rasa PR tu lebih teruk tapi bila BN keluarkan lesen judi baru untuk bola Piala Dunia, rancangan ni aku bantutkan ... sekarang aku terawang-awang ...

Saturday, May 22, 2010

Ya Allah, apakah ini memang yang Engkau kehendaki ?

Ya Allah, adakah ini memang yang Engkau kehendaki, bahawa IslamMu di Tanah Melayu akan menjadi layu, dan orang Melayu yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan agama Mu tiba-tiba menjadi layu ?

Komplen pasal sambutan Hari Guru

Pada Jumaat 21 Mei 2010 diadakan acara sambutan Hari Guru di sekolah anak saya, sebuah sekolah rendah. Guru-guru menunjukkan bakat masing-masing dengan membuat persembahan nyanyian dan lawak. Acara dibuat di padang perhimpunan. Acara bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Sebelum hari berkenaan, murid-murid diberitahu mereka boleh datang atau boleh tidak datang ke sekolah. Murid-murid yang datang dipaksa menonton persembahan guru-guru ditengah panas dan tidak dibenarkan tinggal di kelas. Persembahan rehat sebentar pada pukul 10 tapi hanya setengah jam. Murid-murid berebut untuk membeli makanan di kantin. Pada hari itu, murid-murid sesi petang di suruh hadir pada sesi pagi. ramai murid tidak sempat untuk membeli makanan dikantin kerana kantin sesak. Selepas persembahan tamat, guru-guru makan dikantin tapi tak ada jamuan untuk murid-murid. Ramai murid-murid kelaparan setelah kepanasan. Untunglah murid yang tak hadir sekolah pada hari itu. Macamanalah guru-guru dan guru besar boleh memaksa murid melihat persembahan tapi tidak menyediakan minuman dan makanan untuk murid-murid sedangkan sekolah menyediakan pula peruntukan untuk guru-guru menjamu makanan.

Morally wrong, legally right

MB Selangor membuat komen berkaitan penjualan rumah kos rendah kepada pegawai-pegawai MBPJ : Low-cost homes sold to MBPJ officers cannot be taken back. It is morally wrong but legally right - The Star Saturday 22 May 2010 page N16.

Persoalan :

1. Dari sudut Islam, apakah terdapat konsep 'morally wrong, legally right' ?
2. Tidakkah sepatutnya moral disokong oleh legal ?
3. Mana harus diberi keutamaan : moral atau legal ?