Monday, October 25, 2010

"One child per family" policy extended to Tanah Melayu Chinese

Rumour has it that the policy of "one-child per family" is to be extended to Tanah Melayu Chinese. The Tanah Melayu Chinese who always look at China for their inspiration would fully agreed with the suggestion.  

Friday, October 22, 2010

Ucapan Najib : Kunci sedang diketatkan, oleh itu ...

Ucapan najib di perhimpunan UMNO bagaikan sedang mengetatkan kunci hak Melayu supaya lebih kuat dan teguh. Diharap usaha ini diteruskan oleh pemimpin-pemimpin UMNO akan datang dan tidak ada usaha-usaha mengendurkannnya seperti yang dilakukan oleh Dolah Badawi ...

Thursday, October 21, 2010

KJ mengakui Melayu berpecah, oleh itu ...

KJ menyatakan bahawa hanya ada 70 kerusi majoriti Melayu, dan orang Melayu pula berpecah hingga ke takat 50:50, oleh itu dia mahu mendapatkan sokongan pengundi Cina dan India.

1. Lembiknya orang  ini. Inilah orang yang hanya tahu berfikir menggunakan otak, tapi tidak ada jiwa.

2. Kenapa dia tidak berusaha untuk menyatupadukan semula Melayu ? Apakah beliau fikir orang Melayu tidak boleh nak bersatu semula ?

3. Apakah dia fikir dia mahu dapatkan undi bukan Melayu 100 % ? Tidakkah dia sedar bahawa orang Melayu akan hanya diperalatkan oleh orang Cina/India.

4. Dalam usaha mendapatkan undi Cina, mengapa dia menyuruh orang Melayu memberi hak-hak pada orang Cina/India ? Mengapa dia tidak pula menyuruh orang Cina/India supaya menerima hak-hak orang Melayu ? Mamak bangang.

5. Orang Cina/India pun nampak berpecah juga, tapi tidak pula pemimpin Cina mengaku bahawa orang Cina/India berpecah lalu berusaha untuk menarik undi Melayu.

6. Dalam usaha mendapatkan undi Cina, adakah tidak nanti akan kehilangan undi Melayu pula ? oh, sebab itu dia memujuk Melayu supaya menerima orang Cina. Orang Melayu yang digadaikannya.

Tuesday, October 19, 2010

Pemimpin UMNO sudah tidak berjuang untuk kaum Melayu ?

Sejak beberapa hari ini, apa yang terdengar diucapkan oleh pemimpin tertinggi UMNO di tv ialah mengenai survival parti. nampaknya seolah-olah jurus perjuangan UMNO ialah survival parti, bukan lagi orang Melayu. Pemimpin UMNO seolah-olah sudah mengakui bahawa orang Melayu sudah berpecah dan tidak lagi menjadi asas bagi UMNO untuk berjuang mewakili orang Melayu. Seolah-olah pemimpin UMNO berkata terpulanglah pada orang Melayu samada mahu menyokong UMNo atau parti lain. Pemimpin UMNO hanya berminat untuk cara mempertahankan parti, bukan orang Melayu. Apakah zaman Dato Onn akan berulang, dimana terdapat segolongan orang Melayu yang tidak berjuang untuk bangsa tapi untuk parti ?

Sunday, October 17, 2010

'Pendatang' itu berasaskan kaum, bukan individu

1. Istilah Pribumi itu ialah istilah Melayu, diucapkan oleh orang Melayu, yang tinggal di gugusan kepulauan Melayu, dimana gugusan kepulauan Melayu adalah tanah milik mereka, dan Melayu (dari pelbagai suku dan puak) adalah penduduk asal gugusan kepulauan Melayu.

2. Istilah Pendatang juga adalah istilah Melayu, lawan bagi istilah Pribumi dimaksudkan kepada kaum yang bukan penduduk asal gugusan Kepulauan Melayu yang datang ke rantau Kepulauan Melayu. 

3. Orang Melayu menganggap kaum bukan Melayu 'datang' ke Tanah Melayu, sebab itu orang bukan Melayu dipanggil 'Pendatang'.

4. Orang bukan Melayu dianggap 'datang' ke tanah Melayu kerana mereka sudah ada 'rumah' sendiri, ada tanahair mereka 'sendiri', samada di India atau Cina.

5. Orang Melayu juga akan dianggap 'datang' ke benua Cina atau India dan akan dipanggil Pendatang jika datang ke Cina atau India. Malah orang Cina dan India di benua Cina dan India lebih kuat sikap protective mereka terhadap kedatangan kaum asing. Kalaulah sikap 'kaum' itu tidak ujud dalam jiwa manusia, tentulah orang British dan 'penjajah' tidak dipanggil dengan panggilan 'penjajah' tapi diterima dengan baik oleh penduduk asal India, Cina dan kepulauan Melayu.

6. Istilah Pendatang adalah cetusan rasa penduduk pribumi terhadap kaum yang 'datang'. Secara teknikalnya, ia adalah cara Pribumi untuk membezakan diri mereka sebagai Pribumi dan mengenal, mengakui dan mengawal hak mereka yang berbeza dari kaum yang 'datang'.

7. Istilah Warganegara (Citizenship) adalah konsep ciptaan penjajah untuk mengkesampingkan istilah Pribumi/ Pendatang supaya dengan cara itu orang pendatang seolah-olah diberi sesuatu hak. Sebab itu dalam perlembagaan, dinyatakan secara khusus hak-hak sebagai warganegara. Perlembagaan itu adalah bagi maksud Kewarganegaraan, bukan bagi maksud Kepribumian. Hak-hak Pribuni tidak diperlembagakan atau dituliskan dimana-mana kerana ia ujud dalam jiwaraga Pribumi itu sendiri. Jika jiwa Pribumi sudah hilang perasaan kepribumian, maka dia tak akan mempertahankan haknya kerana dia sudah tidak tahu bahawa dia sebenarnya ada hak sebagai Pribumi. Bagi orang yang sudah tidak ada rasa kepribumian, haknya adalah berdasarkan Perlembagaan, iaitu sesuatu konsep dokumen yang di cipta oleh kaum lain.

8. Hak kaum Pendatang tidak sama dengan hak Pribumi. Hak Pribumi lebih luas dan meliputi dan tidak boleh ditarikbalik. Hak Pribumi lebih tinggi dari hak Warganegara. Hak warganegara boleh ditarikbalik. Hak warganegara diberi berdasarkan individu, bukan berasaskan kaum, tapi hak Pribumi adalah berasaskan kaum yang asal menduduki sesuatu kawasan itu. 

9. Orang bukan Melayu yang ada di tanah Melayu sendiri mengaku bahawa walaupun mereka lahir di tanah Melayu, tapi ibubapa atau datuk nenek mereka 'datang' bersusahpayah ke Tanah Melayu dari tanahair mereka di India atau Cina untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Mereka mengaku telah dapat kehidupan yang lebih baik di tanah Melayu dan tidak akan balik ke kawasan asal kaum mereka di India atau Cina. (Cuba lihat satu video pengakuan oleh seorang peguam India di laman web bar Council). Sebenarnya inilah sikap kaum Pendatang, tujuan utama mereka ialah 'kesenangan' hidup. Kalaulah tanah Melayu ini adalah 'neraka' bagi mereka, maka mereka akan berhijrah ke kawasan lain.

10. Olehkerana konsep warganegara adalah ciptaan penjajah, maka sepatutnya penerimaannya tidak disokong seratus peratus oleh kaum Pribumi. Kaum Pribumi hendaklah seboleh-bolehnya mendapatkan semula haknya sebagai Pribumi yang telah dikikis oleh penjajah dengan menjuruskan hak warganegara itu kearah menghormati dan melindungi serta mendapatkan semula hak penuh kaum Pribumi.

11. Konsep Pribumi hendaklah diperkuatkan diminda orang-orang Melayu. 

Saturday, October 16, 2010

'High-Income Nation' atau 'High-Income Society' ?

Mana satu sebenarnya ? Kalau kita baca suratkhabar, kadang-kadang disebut 'High-Income Nation', kadang-kadang 'High-Income Society'. Ada perbezaan yang besar dan kesan yang besar antara keduanya. Harap Najib tidak berselindung disebalik kesamaran ini. Harap juga dia tak samar-samar dengan apa sebenarnya perancangan beliau. Kesan High-Income Nation ialah negara yang berpendapatan tinggi dimana ini boleh dihasilkan melalui konsentrasi produksi pada segelintir orang, tapi rakyat jelata tidak dapat menikmatinya. Sebuah 'High-Income society' bermakna rakyat jelata yang akan menerima pendapatan tinggi, walaupun tidak bermakna negara akan berpendapatan tinggi. 

Wednesday, October 13, 2010

Cina dan India kutuk tak marah, tapi kena ejek sanggup gaduh

Ni, pasal penyokong Selangor main baling-baling benda, lepas main ejek-ejek. Kena ejek dgn sesama Melayu dah tak tahan, sampai baling botol, kerusi, air kencing. Tapi bila Cina dan India kutuk Melayu, tak pulak marah sampai macam tu. Pelik. Kegagalan dakwah Islam, kegagalan Assobiyah.  

Doa untuk Ibrahim Ali

Saya berdoa semoga Allah memberi Ibrahim Ali umur yang panjang, rezeki yang bertambah, kesihatan yang berpanjangan, keselamatan yang berterusan dan diberi kekuatan fikiran dan jiwa dalam berjuang mempertahankan hak orang Melayu Islam. Sesungguhnya hak yang diperolehi adalah kurniaan Allah maka wajiblah kita mempertahankannya. Mempertahankan hak adalah satu jihad. Sesungguhnya orang kafir dan munafik tidak suka dengan apa yang Allah berikan kepada orang Islam dan mereka mahu kita mengikut mereka. Orang kafir hendaklah diajar untuk menghormati perjanjian yang termaktub antara orang Melayu Islam dengan kaum pendatang..

Tuesday, October 12, 2010

Duduk menyilang kaki begini dilarang Nabi


Kalau tak silap saya ada hadis yang melarang orang Islam dari duduk menyilang kaki macam gambar diatas ni kerana seolah-olah mendoakan emak sendiri cepat meninggal.

Monday, October 11, 2010

Tak bangga jadi Melayu ?

Ada orang Melayu tak bangga jadi Melayu.
Orang Cina mengutuk Melayu yang bangga jadi Melayu.

Cina tu tak bangga ke jadi Cina ?

Nasib Melayu : Memang sudah kehendak Tuhan ?

Kehendak Tuhan tidak siapa boleh menghalang.

UMNO tidak lagi menyebelahi Melayu.
PKR tidak menyebelahi Melayu.
PAS pun tidak menyebelahi Melayu.
DAP tak kah lah pulak nak menyebelahi Melayu.
PERKASA, apa yang dia boleh buat sebagai NGO, tiada suara di Parlimen.
Melayu nak buat parti baru yang mahu mempertahankan hak Melayu, cuma akan lebih memecahbelahkan Melayu.

Itulah senario Melayu sekarang. TERSEPIT.

Persoalannya mengapa terjadi sedemikian kepada orang Melayu ? Apa salah silap orang Melayu hingga Tuhan menghukum orang Melayu ?

Hari yang sedih bila Najib berkata ini

Hari ini saya merakamkan rasa yang teramat sedih bila PM Najib berkata bahawa orang Cina bukan Pendatang di Tanah Melayu dan orang Cina tidak perlu berterima kasih kerana diberi kerakyatan.

Najib bercakap bagi kepentingan politiknya, bukan bagi kepentingan kaum Melayu yang melantiknya.

Perlembagaan dan Social Contract bercakap mengenai kaum, bukan individu, bukan Ah Chong, Mei Lin dan sebagainya, bukan pada peringkat inmdividu, tapi di peringkat kaum. Selagi seseorang itu dari kaum Cina, maka dia adalah dianggap pendatang di Tanah Melayu.

Apabila kaum Cina diberi kerakyatan sekali gus pada masa dulu, operasi pada masa itu adalah diperingkat kaum, bukan berpilih-pilih, Ah Chong diberi kerakyatan sementara Mei Lin tidak. Ah Chong dan Mei Lin diberi kerakyatan kerana mereka kaum Cina.

Pemberian kerakyatan bukan bererti mereka bukan Pendatang. Mereka adalah tetap Kaum Pendatang, sebab itu ada operasi memberi kerakyatan, bukan secara otomatik dapat kerakyatan. Kaum Cina adalah Pendatang yang diberi Kerakyatan.

Sunday, October 10, 2010

PERKASA hanya sebagai Penanda Aras

PERKASA dianggap oleh pemimpin-pemimpin Melayu sebagai penanda aras sama ada orang Melayu masih mahu mempertahankan hak mereka atau mereka sudah sudi memberi hak samarata kepada kaum-kaum lain. Kalau sokongan kepada PERKASA masih kuat, ini bermakna pemimpin Melayu harus berhati-hati dalam merobohkan hak-hak Melayu, tapi kalau sokongan kepada PERKASA sangat lemah, maka bolehlah usaha-usaha merobohkan hak Melayu dan menyamaratakan semua kaum dipercepatkan.