Wednesday, May 18, 2011

Tindakan bodoh tidak menjadikan perbuatan salah jadi betul

Seorang yang cuba ditangkap kerana melakukan khalwat telah melarikan diri dengan memanjat tingkap hotel Tingkat 16 lalu jatuh dan mati. Ada pihak yang menyalahkan pihak yang mahu membuat tangkapan.

Thursday, May 12, 2011

Orang Islam bagai 'Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong'.

Sesetengah orang Islam bermati-matian mengajak orang Yahudi dan Kristian supaya menerima bahawa Orang Islam, Kristian dan Yahudi adalah 'People of the book' sedangkan orang Yahudi dan Kristian tidak pernah menganggap orang Islam demikian. Tiada dalam kitab bible mereka yang sekarang yang mengatakan Islam adalah sambungan kepada ajaran Musa dan 'Isa. Kalau ada pun segelintir kecil orang Kristian dan Yahudi yang beranggapan demikian, itu adalah pendapat peribadi mereka, bukan dari ajaran agama mereka, dan itupun kerana mereka ada hajat politik dan berpura-pura.

Sunday, May 8, 2011

asalkan cina, tak suka umno

contohnya di kedah dan kelantan walaupun mereka fasih cakap dialek tempatan.

posted from Bloggeroid

Friday, May 6, 2011

GST : Yang miskin dimiskinkan lagi ...

Kerajaan BN tahu bahawa GST akan menyebabkan barang naik, sebab itu bercadang mengurangkan cukai perseorangan dan korporat. Kenaikan harga barang akan melibatkan setiap orang, tak kira miskin atau sederhana atau kaya. Bila cukai perseorangan dan korporat dikurangkan, ia hanya menolong orang kaya sahaja. Yang miskin makin dimiskinkan.

Pemimpin-pemimpin pun sama macam sesetengah orang juga, tertarik dengan skim-skim yang nampak menarik, tapi kesannya menjahanamkan rakyat dan negara.