Saturday, May 11, 2013

UMNO harus cipta rangkaian pemborong bumiputra

Pada pemerhatian saya, bumiputra sudah mempunyai cukup peruncit-peruncit diseluruh negara di setiap kampung dan kawasan luar bandar. Bagaimanapun peruncit-peruncit ini mendapatkan bekalan kebanyakannya dari pemborong bukan bumiputra. Adalah peranan UMNO untuk mencipta golongan pemborong bumiputra bagi setiap barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh kaum bumiputra. Langkah ini hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun ini sebelum PRU akan datang (14). Ini kerana dijangka kaum bukan bumiputra akan dapat mentadbir negara ini selepas PRU14 dengan bantuan bumiputra bandar dan golongan menengah Melayu.

Ramai Melayu tak kisah Cina perintah

Daripada perbualan-perbualan spontan dengan orang-orang Melayu samada kenalan atau orang yang baru ditemui , saya dapati agak ramai orang Melayu yang tak kisah jika Malaysia diterajui oleh orang Cina. Respon mereka ada yang berkata terus terang "apa salahnya". Ada juga yang berkata "entahlah". Ada yang tak percaya bahawa orang Cina tidak akan berlaku tidak adil kepada orang Melayu. Ada juga yang berdiam diri seolah-olah tidak mahu menyatakan pegangannya. Ada yang kata "kau anti Cina sebab kau orang UMNO". Harap ada mana-mana badan yang buat kajian untuk mendapatkan statistik yang lebih tepat.

Friday, May 10, 2013

Tak perlu tuduh tak kenang budi

Tak perlu menuduh orang Cina tidak mengenang budi jasa BN kerana :

1. Tindakan mereka sah disisi undang-undang pilihanraya.
2. UMNO sendiri tahu dari dulu bahawa istilah 'kenang budi' memang tiada dalam kamus hidup mereka.
3. Tidak ada peraturan dalam buku politik bahawa jasa baik mesti dibalas dengan mengundi orang yang buat baik itu.
4. UMNO sendiri yang membina prasarana untuk mereka dapat hidup tanpa bantuan kerajaan apabila kerajaan memenuhi permintaan mereka untuk mendapatkan sekolah sendiri, universiti sendiri, saluran tv dan radio sendiri dan sebagainya.

Langkah pemimpin Cina dalam PRU14 nanti

Selepas PRU13, pemimpin DAP dapat meyakinkan orang Cina bahawa mereka mempunyai keupayaan untuk mengetuai kerajaan di Malaysia. Dalam PRU13 mereka memenangi 38 kerusi. Selepas PRU13 mereka mendapat lebih sokongan apabila orang-orang MCA dan Gerakan enggan diwakili dalam kerajaan BN. Ini secara tidak langsung adalah sokongan MCA dan Gerakan kepada masa depan DAP. Mereka akan lebih meyakinkan baki pengundi Cina bahawa 'Cina Boleh!'. Mereka akan dapat 45 ke 48 kerusi dengan mudah. Ditambah pada masa depan lebih banyak bandar akan ujud yang akan memihak kepada DAP. Dibantu oleh PKR dan PAS mereka boleh mendapat majoriti mudah 112 kerusi dan DAP menjadi pemegang kerusi terbanyak. Apek-apek sudah nampak!

Kerusi Parlimen bermajoriti Cina atau hampir bermajoriti Cina yang belum dikuasai DAP :

P165 Tanjong Piai
P161 Pulai
P159 Pasir Gudang
P158 Tebrau
P150 Segamat
P142 Labis
P89 Bentong

Thursday, May 9, 2013

Orang Cina mula apologetik

Sekarang sesetengah mereka berkata orang Cina ditipu dan ditakut-takutkan oleh DAP. Sebenarnya inilah sikap sebenar orang Cina. Mereka ni cakap bahasa kebangsaan pun tunggang langgang, masakan mereka nak undi BN. Sebenarnya juga apa yang diuar-uarkan oleh DAP bahawa orang Cina akan dapat memerintah adalah benar. Ini dapat dilakukan jika semua orang Cina mengundi DAP dan dibantu sedikit sebanyak oleh PKR dan PAS untuk mendapatkan undi Melayu. Jadi, ini bukan tipu tapi kemungkinan yang sangat besar untuk menjadi satu realiti. Jadi tak perlu apologetik dan tak perlu orang Melayu menerima langkah apologetik mereka ini.

Orang Cina tak perlukan BN

Sampai bila pemimpin Melayu/Bumiputera nak sedar bahawa merekalah yang begitu terhegeh-hegeh mahukan undi Cina hingga banyak peruntukan kewangan dihabiskan untuk membantu kaum Cina. Orang Cina sedar bahawa mereka boleh hidup sendiri kerana prasarana telah disediakan oleh pemimpin Melayu untuk membolehkan orang Cina hidup dalam kelompok mereka sendiri. Apa yang mereka tidak ada? Tanah, bahasa, sekolah, perniagaan, dan lain-lain. Jadi, apa faedah mereka undi BN? Dalam hati mereka pasti kata 'itu pemimpin-pemimpin Melayu banyak bolo'.

Orang Cina bermuka-muka depan DS Najib

Dibaca samada orang Cina bermuka-muka depan DS Najib atau DS Najib kena tipu dengan lagak orang Cina. Bila DS Najib berkempen di kawasan Cina, dia disambut dengan meriah hingga menimbulkan keyakinan kepada DS Najib bahawa orang Cina telah kembali menyokong BN. Mereka memuji-muji 'Ajib Gor' dan kagum dengan anak DS Najib yang fasih berbahasa Mandarin. Tapi bila tiba PRU, hanya 5 % yang mengundi BN. Rupanya mereka datang ramai-ramai hanya untuk nak makan.

DAP hampir-hampir dapat memerintah

DAP 38. PKR 30. PAS 21. Jumlah 89. PR memerlukan hanya 23 kerusi saja lagi untuk dapat majoriti mudah. Jika di PRU akan datang DAP dapat 5 kerusi lagi, PKR 9 dan PAS 9, maka DAP akan dapat 43 kerusi, PKR 39 dan PAS 30. Ini bererti Malaysia akan dapat Perdana Menteri dari kaum Cina.

Tindakan MCA tak mau jawatan dlm kerajaan BN

Langkah ini akan semakin menjauhkan orang Cina dari mainstream kerajaan BN yang memerintah. Kepada siapa orang Cina akan merapatkan diri? Sudah tentu kepada DAP. Ini akan menguatkan DAP dan perpaduan orang Cina keseluruhannya. Begitulah bijaknya pemimpin Cina MCA untuk berjuang disisi DAP secara halus tanpa menyakiti perasaan komponen BN yang lain.

Tuesday, May 7, 2013

PAS tak mungkin masuk BN....

.... kerana tidak mahu dilihat oleh DAP sebagai parti yang rasis dan akan membuktikan orang Islam tidak boleh dipercayai.