Friday, September 3, 2010

Masuk Islam adalah hidayah dari Allah

Masuknya seseorang kedalam agama Islam adalah hidayah Allah kepada orang itu. Oleh itu apabila kita berkata bahawa kita berbuat baik kepada seorang yang bukan Islam untuk membuat orang itu tertarik kepada Islam atau mahu masuk Islam kononnya dengan usaha kita, ini bermakna kita telah melakukan kesalahan kepada Allah kerana kita seolah-olah mengambilalih peranan Allah. Kalau kita mahu berbuat baik kepada orang bukan Islam, lakukanlah kerana ia adalah mengikut suruhan dan batas yang Allah dan Rasulnya telah tentukan, bukan kerana mahu menarik orang bukan Islam itu supaya masuk Islam, kerana bukan kita yang memberi hidayah kepada orang bukan Islam itu. Oleh itu, awasilah langkah kita, jangan berbuat baik kepada orang bukan Islam sehingga melanggar batas yang ditetapkan Allah, kononnya supaya menarik orang bukan Islam kepada Islam. Allah memberi hidayah dengan cara yang bukan kita fahami. Oleh itu janganlah risau kalau orang Islam tidak masuk Islam.

No comments:

Post a Comment

Comments will be moderated.