Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

"yang Baik dari Allah" vs ujian Allah

Kita tahu yang baik itu dari Allah dan yg buruk itu dari diri kita sendiri. Tapi apabila Allah mendatangkan ujian pd kita, ini bermakna Allah menimpakan suatu yg buruk pd kita. Seperti ada pertentangan. Ada sesiapa sudi jelaskan?

Friday, January 13, 2012

Jangan pernah kata "Aku memperjuangkan Islam"

1. Dalam Quran ada ayat yang menegah orang Islam berkata kita ini memperjuangkan Islam kerana sebenarnya kita bejuang untuk diri sendiri. 2. (Aku akan cuba ingat semula dimana ayat itu - maklumlah orang biasa, tak kuat ingatan). 3. Islam tidak perlu diperjuangkan kerana Allah yang menjaga Islam. 4. Dari ayat itu, tidaklah wajar kita menamakan organisasi kita satu organisasi yang memperjuangkan Islam. Lebih wajar kita menamakan organsasi kita satu organisasi yang memperjuangkan nasib kita. Sebagai muslim, kita memperjuangkan nasib kita, bagaimana kita mahu mengamalkan Islam dengan lebih sempurna dan kurangkan halangan-halangan untuk kita melaksanakan dan menambah keimanan kita terhadap Islam.

Thursday, December 29, 2011

"Malaysian boy" menyakitkan hati dan telinga

Seorang gadis Melayu (muslim /) bertudung terkinja menyanyikan baris lirik "bawalah aku kemana saja, ketimur barat atau utara .." dalam lagu "Malaysian boy" yang kerap disiarkan di TV Malaysia (negara Islam ?) biasanya dalam waktu yang agak malam. 1. Selayaknya baris-baris lirik ini diharamkan siarannya. 2. Keman perginya orang JAKIM, IKIM, ustaz2 yang berdiam diri ? 3. Kemana arah yang nak dibawa orang-orang muda Malaysia muslim oleh para pemimpin muslim Malaysia ?

Sunday, December 4, 2011

Waktu haram untuk bersolat

1. Selepas subuh hingga terbit matahari. 2. Sebaik terbit matahari hingga lebihkurang 30 minit selepas nya. 3. Ketika matahari betul-betul diatas ubun-ubun kepala dan condong sedikit. 4. Selepas solat Asar hingga terbenam matahari (cahaya kekuningan). 5. Ketika timbul kekuningan hingga masuk waktu maghrib. Kekecualian : 1. Solat di Mekah. 2. Mengqada'kan solat. 3. Solat Jumaat.

Friday, October 14, 2011

Susahnya nak kawin

Susahnya proses nak kahwin di Selangor.

1. Kena cuti untuk ambik borang mohon kahwin di Pejabat Agama. majikan swasta ada peraturan kalau keluar pejabat lebih 2 jam dikira cuti tahun.

2. Borang ada 4 mukasurat. Balik baca borang dulu. Bagi yang pertamakali dapat borang, memang terkebil-kebil nak fahamkan.

3. Isi borang. Bukan senang nak isi hampir 50 ruang untuk diisi. Kena buat sikit-sikit. kalau nak buat sekaligus dalam 2 jam memang tak bole siap.

4. Kena fotostet IC sendiri, IC ayah atau emak, IC bakal isteri. Semua 2 salinan. Kena pergi kedai nak buat fotokopi.

5. Jumpa ketua kampung untuk dapatkan tandatangan di borang. Kalau nasib baik, cari 2 atau 3 kali baru ketua kampung ada kat rumah.

6. Kena jumpa jurunikah tempatan untuk tandatangan pada borang. bagi yang pertamakali nak nikah, kediaman jurunikah mana lah nak tahu. tanya 3 atau 4 orang barulah tahu jurunikah duk kat mana. Lepas tu, bila datang rumah jurunikah, dia tak ada kat rumah. baru tau, rupanya jurunikah tu guru agama sekolah agama. Kena pergi sekolah agama cari ustaz tu. Rupa pun tak kenal, terpaksa banyak bertanya guru2 yang ternampak.

7. Sebelum jurunikah tandatangan, dia soal macam-macam. Rupanya dia minta kita ajak saksi pulak. Terpaksa balik rumah dulu, fikir-fikir siapa yang nak diajak jadi saksi. kalau nasib baik, orang pertama kita minta tolong terus mahu jadi saksi. Bukan saksi nikah, tapi saksi tandatangan. saksi kita terpaksa ambik cuti. kan nyusahkan orang lain tu.

8. Bila saksi dah sedia, jumpa lagi jurunukah. Jurunikah bukan terus tandatangan, tapi soal macam-macam, lebih-lebih lagi kalau dia tak kenal kita. Memang lah dia tak kenal kita. Masa tu kita berdebar-debar, entah-entah jurunukah tak mau sain, alamat aku tak bole kawin. Terbayang nak nikah kat siam aje, senang. Tapi, Bila dia sain, legaaaaa ....

9. Hantar borang yang lengkap ke Pejabat agama. Kena cuti lagi. kalau nasib tak baik, orang ramai kat pejabat agama, kena tunggu giliran. Dah ambik masa sekurang-kurangnya setengah jam. kalau datang dah agak tengahari, staf pejabat agama pun dah penat, dapatlah kita tengok muka dia yang masam dan bahasa kurang PR (public relation).

10. Lepas hantar borang, kena tunggu pegawai tetapkan tarikh nikah. Kalau nasib baik, kena tunggu setengah jam. Kalau tak, mau-mau 2 jam baru dapat tarikh nikah.

11. Lepas dapat tarikh nikah, kena hantar satu salinan ke bakal isteri. kalau dia dekat OK, kalau jauh terpaksa cuti lagi.

Begitulah susahnya nak kawin. kalau dapat bini yang cincai, memang panas hati bila teringat susahnya nak isi borang nak kawin.

Monday, April 18, 2011

Cadangan fatwa baru ...

... bahawa video yang disahkan ketulinannya adalah boleh menggantikan 4 saksi yang muktabar ... sama seperti fatwa wang ringgit boleh menggantikan beras dalam hal zakat, dan sebagainya.

Tuesday, June 22, 2010

Nik Aziz galakkan perempuan bersolat Jumaat ?

Setahu aku, perempuan TIDAK digalakkan bersolat Jumaat, sebab tu dari dulu hanya orang laki-laki yang bersolat Jumaat. Takut nanti Nik Aziz kata perempuan pun boleh jadi imam solat. Boleh sama idea pulak dgn perempuan Amerika tu, entah lupa lak nama dia. Kalau perempuan pun bersolat Jumaat sapa nak jaga anak kecik kat rumah ? Kot anak-anak semua kena bawak g masjid jugak. Kadang-kadang, sesuatu 'galakan' itu ditafsir sebagai 'kewajipan'. nanti ada isteri yang berkeras nak bersolat Jumaat atas alasan itu satu 'kewajipan' walaupun suami tak bagi. dah gaduh la pulak nanti ... 

Saturday, May 22, 2010

Morally wrong, legally right

MB Selangor membuat komen berkaitan penjualan rumah kos rendah kepada pegawai-pegawai MBPJ : Low-cost homes sold to MBPJ officers cannot be taken back. It is morally wrong but legally right - The Star Saturday 22 May 2010 page N16.

Persoalan :

1. Dari sudut Islam, apakah terdapat konsep 'morally wrong, legally right' ?
2. Tidakkah sepatutnya moral disokong oleh legal ?
3. Mana harus diberi keutamaan : moral atau legal ?