Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts
Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts

Monday, January 9, 2012

901 = January 9 = Surah 9 Ayat 1 = At Taubah Ayat 1

"(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka)." 901 dipilih sebagai tarikh keputusan bicara DSAI. kain-kain rentang sebelumnya telah dibuat yang membesarkan tarikh ini. Apakah satu kebetulan buat DSAI supaya membaca surah At-taubah ?

Saturday, January 7, 2012

Anwar kalau bercakap bagaikan nyanyian merdu

Anwar kalau bercakap memang sedap didengar, mengasyikkan, kalah lenggok suara Siti Norhaliza. Tapi tulah saja kepandaian Anwar, iaitu bercakap. Dari segi melaksanakan sesuatu, hancur. Aku masih ingat masa Anwar dilantik jadi Menteri Pertanian dulu. Rata-rata orang kampung naik semangat bila Anwar jadi Menteri Pertanian sebab mengharapkan adanya revolusi pertanian dan dasar-dasar baru pertanian yang mendatangkan faedah banyak kepada orang kampung dan petani, sesuai dengan aura kepetahannya bercakap. Tapi, selepas hampir setahun jadi Menteri, tak ada satu pun yang nampak ada kesan besar kepada petani. Seolah-olah Anwar cuma duduk dikerusi Menteri dan laksanakan dasar yang sedia ada, tiada pembaharuan, tiada reformasi. Akhirnya selepas 2 tahun, semangat orang kampung pun hilang. Anwar dilantik jadi Menteri lain. Orang kampung dah tak kisah Anwar ada atau tak ada. Cuma itulah kekuatan Anwar, petah bercakap. Adakah nama Anwar ada dicatatkan dimana-mana institusi berkaitan pertanian ? Tak ada. Ada orang tanam pokok dan beri nama Anwar ? tak ada. Tak ada jasa cemerlang Anwar yang boleh direkodkan untuk tatapan generasi anak petani di masa depan.

Tuesday, July 26, 2011

Kenapa nak ke Putrajaya juga ?

Putrajaya tu BN punya hasil kerja, kenapa PR pun nak ke sana juga ? Kenapa tidak buat satu serupa macam Putrajaya atau lebih canggih lagi, katakan namanya 'Mercujaya' dan buat langkah-langkah untuk ke 'Mercujaya'. Betul-betl nampak PR ni cuma retorik, tapi bodoh nak buat kerja. Tak malu ke nak rampas apa yang orang lain dah buat dengan susah payah ? Mungkin 'Mercujaya' boleh dibina di Permatang Pauh atau Kota Bharu, kemudian buatlah demo '60 hari ke Mercujaya', barulah orang percaya. Bukankah nampaknya PR tu banyak duit dan pandai cari duit, ada masalah ke nak buat 'Mercujaya' ? rasanya tidak, tapi bodoh punya pasal, benda tu tak dapat dibuat.