Thursday, August 30, 2012
UMNO harus mempromosi solat syukur
Jika benar atau jika UMNO percaya bahawa negara ini telah mencapai kemajuan
dibawah pemerintahan BN maka UMNO harus mengetuai majlis-majlis solat
kesyukuran di seluruh negara sebagai cara tidak lupa kepada Allah SWT atas
rezeki yang dikurniakanNya. Ingatlah jika kita bersyukur nanti Allah akan
menambah rezeki kita. Jangan jadi seperti Qarun yang menganggap kekayaannya
adalah hasil usaha dan kepandaiannya semata-mata, akibatnya Allah menarik
balik kekayaannya. Lagi pun, mungkin solat syukur lebih disukai oleh Allah
dari solat hajat (?).
Sunday, August 26, 2012
Terma 'Raja Berperlembagaan' tidak ada dalam perlembagaan
Constitutional Monarchy adalah terma ciptaan orang-orang tertentu
yang digunakan untuk tidak setuju dengan sistem yang ada. Memang biasa terma-terma dicipta untuk
mempengaruhi orabg ramai yang mudah kagum dengan
permainan bahasa.
Sunday, August 19, 2012
Dana untuk membeli harta bukan bumi yang dilelong
Orang Melayu perlukan satu dana yang berfungsi untuk membeli
harta-harta milik bukan bumi yang dilelong, kemudian menjual
harta itu kepada bumiputra dengan mengambil keuntungan yang
sedikit sahaja. Cara ini akan sedikit sebanyak memulihkan tanah
Melayu untuk kembali menjadi milik orang melayu.
Wednesday, August 15, 2012
Jangan Cakap "Tuhan Bayar Tunai"
Frasa seperti ini setingkali diungkapkan oleh sesetengah golongan bila dah marah sangat terhadap perbuatan seseorang. Sebaiknya hindari dari bercakap seperti ini kerana :
1. Ia berupa doa atau harapan semoga orang yang melampau perbuatannya itu dibalas dengan segera. Ini berentangan dgn ajaran agama Islam yg melarang umatnya berdoa minta Allah timpakan musibah kepada seseorang lain.
1. Ia berupa doa atau harapan semoga orang yang melampau perbuatannya itu dibalas dengan segera. Ini berentangan dgn ajaran agama Islam yg melarang umatnya berdoa minta Allah timpakan musibah kepada seseorang lain.
Tuesday, August 14, 2012
Berapa Peratus Tanah Dimiliki Bukan Bumiputra
Saya rasa ramai yang mahu tahu berapa peratus tanah di tanah melayu dimiliki oleh bukan bumiputra samada oleh individu atau korporat. Seperti ada sedikit misteri mengapa data ini tidak didedahkan atau minta didedahkan oleh pihak-pihak tertentu. Data mengenai peratus pegangan saham mudah diperolehi. Data lain seperti bilangan sekolah dan sebagainya mudah diperolehi. Di daerah muar kalau kita mengagak secara rambang boleh dikatakan pemilikan tanah oleh bukan bumi boleh dikatakan mencecah 60 peratus. Apakah sebenarnya tanah melayu ini bukan lagi 'tanah melayu' dan fakta ini disembunyikan? Bagaimana kalau bukan bumi menuntut pemerintahan negara berasaskan peratus pemilikan tanah, bukan berasakan undi seperti sekarang ini?
Subscribe to:
Posts (Atom)