Tuesday, July 26, 2011

Kenapa nak ke Putrajaya juga ?

Putrajaya tu BN punya hasil kerja, kenapa PR pun nak ke sana juga ? Kenapa tidak buat satu serupa macam Putrajaya atau lebih canggih lagi, katakan namanya 'Mercujaya' dan buat langkah-langkah untuk ke 'Mercujaya'. Betul-betl nampak PR ni cuma retorik, tapi bodoh nak buat kerja. Tak malu ke nak rampas apa yang orang lain dah buat dengan susah payah ? Mungkin 'Mercujaya' boleh dibina di Permatang Pauh atau Kota Bharu, kemudian buatlah demo '60 hari ke Mercujaya', barulah orang percaya. Bukankah nampaknya PR tu banyak duit dan pandai cari duit, ada masalah ke nak buat 'Mercujaya' ? rasanya tidak, tapi bodoh punya pasal, benda tu tak dapat dibuat.

Saturday, July 23, 2011

Malaysia lwn Singapura

1.PEMaIN Singapura lebih lekat bola di kaki. Dari dulu belum ada jurulatih Malaysia yg dpt buat pemain negara bijak melekatkan bola di kaki. 2. Pertahanan Malaysia tak jaga pemain singapura dikawasan kotak . 3. Ada pemain Malaysia tahan bola pun tak pandai. 4. Pertahanan Malaysia sering kalah larian. 5. Perangai leka pertahanan dan tengah malaysia belum dapat diubah oleh oleh mana mana jurulatih malaysia sejak dulu. 6. Malaysia dpt bola pass ke belakang tp Singapura dpt bola pass ke depan. 7. Kesilapan kapten malaysia dpt kad merah adalah takel kampungan.

Begini cara nak menipu

http://www.youtube.com/watch?v=Taoe1xIJM1Y

Suhardi penipu

Friday, July 22, 2011

Tak berbaloi buat jahat

Zaman sekarang, tak berbaloi buat jahat kerana orang jahat lain akan buat jahat pada kita.

Tuesday, July 19, 2011

Samsung Galaxy S 2

Ringannya ! Tak terasa dalam poket seluar.

Lajunya !

Cerahnya skrin ! Boleh tengok bawah matahari.

Download cepatnya !

Sound kuatnya !

Bateri boleh tahan lamanya.

Home screen boleh letak icon/widge/app terus.

Cuma, sound system walaupun kuat tapi tak support equalizer.

Thursday, July 14, 2011

Buat masa ini, Allah masih melindungi muslim Malaysia

Dibandingkan dengan muslim Arab yang sepatutnya lebih dekat dengan bahasa Quran dan hadith, tetapi telah berantakan satu demi satu kerana mengikut telunjuk dan pemikiran Barat, Muslim malaysia nampaknya masih dapat bertahan dari serangan pendokong cara berfikir barat dari tahun ke tahun, mungkin kerana masih ada segolongan muslim Malaysia yang berpegang kuat kepada kesederhanaan yang dianjurkan dalam Quran dan hadith.

Monday, July 4, 2011

Previu Malaysia lwn Taiwan 3.7.2011

1. Ada sorang pemain yang banyak jalan kaki, malas kejar bola, malas buat larian, harap bola sampai kat kaki dia, tak cuba 'sergah' benteng lawan - nama dia Nurshahrul. Lain kali, cuba tak payah bagi dia main. Cara dia sesuai untuk tahun 60an. Kawan-kawan penat berlari setiap masa, dia lenggang lenggok jalan kaki.

2. Taktik hantar bola ke belakang sangat membosankan. Aku ingat sistem dah berubah dengan sentiasa bergerak ke hadapan dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini, tapi nampaknya tabiat ini muncul kembali. Tabiat inilah yang diamalkan semasa taraf bolasepak Malaysia jatuh merudum sebelum ini. Baru nak naik, pungut perangai lama.

3. Kunalan, sangat merbahaya kepada pasukan kerana dia sering buat tackle kasar yang boleh menyebabkan dia dibuang padang. 'Judgement' dia untuk timing tackle sangat rendah, harapkan workrate saja dah tak sesuai di peringkat seterusnya.

4. Bek kiri Malaysia (yg masih muda tu, tak ingat nama dia), selalu kalah larian. gantikan dia je.

5. Dari dulu sampai sekarang, pemain Malaysia macam ada masalah tak percaya dengan stamina sendiri.

Selain dari diatas, yang lain okay. Jaringan cantik. Goalie superb.