Thursday, November 8, 2012

Premium insuran motor harus turun selepas perlaksanaan AES

Logiknya begitu. Perlaksanaan AES dipercayai dengan yakin oleh pemain industri pengangkutan bahawa ia boleh mengurangkan bilangan kemalangan. Olehkerana bilangan kemalangan menjadi faktor menentukan harga premium insuran (lebih banyak kemalangan lebih tinggi premium, dan sebaliknya), maka langkah-langkah menurunkan premium insuran motor harus bermula.

Wednesday, November 7, 2012

Contoh Melayu disepit oleh Cina untuk jual tanah

Berdasarkan cerita mulut orang ramai di kawasan Parit Sulong pada tahun ini.

Ada seorang pakcik menyewakan tanah kepada seorang Cina. Ada surat perjanjian. Si Cina kemudian membayar wang sewa setahun ke hadapan walaupun ini tidak diperlukan dalam perjanjian sewa. Nampak duit banyak, wang itu diterima oleh pakcik tadi. Pakcik tidak lama kemudian telah membelanjakan duit tersebut. Selepas beberapa bulan, si Cina menuntut semula baki bayaran sewa yang terawal dibayar itu. Pakcik dah tak ada duit untuk pulangkan duit itu. si Cina kemudian datang ke rumah pakcik itu bersama peguamnya. Entah apa yang dikatakan kepada pakcik itu, akhirnya pakcik itu terpaksa jual tanah yang disewakan itu kepada Cina penyewa tadi.