Friday, November 28, 2014

Apa yang mungkin Najib dan KJ dinasihatkan melalui panggilan itu ...

Mungkin pemanggil itu menasihatkan : Nampaknya belum boleh. Sekarang ikut arus dulu. Tunggu 2 atau 3 bulan lagi bila mereka akan lupa dan sebok dengan tugas harian. Pada masa itu kita boleh mula lagi.

Monday, November 10, 2014

Truely great malaysian

a truely great malaysian is when a malay follows an an indian or chinese way, but not the other way.

Sunday, November 9, 2014

Rayuan ke Mahkamah Persekutuan

MAINS masih ada peluang untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Saturday, November 8, 2014

Boleh diskriminasi

Perlembagaan Persekutuan

Kesamarataan

8.
(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang- undang.

(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara .......


Komen :

Alasan mahkamah rayuan ialah perlembagaan tidak boleh mendiskriminasi keatas gender pondan yang memakai pakaian perempuan. Tapi para hakim mungkin tidak terbaca artikel 8(2). Artikel itu jelas menyatakan jika sesuatu diskriminasi dengan jelas dibenarkan oleh perlembagaan, maka diskriminasi itu boleh dilakukan.

Contoh diskriminasi yang dibenarkan ialah kerajaan negeri boleh menggubal undang-undang yang menghukum orang Islam (sahaja) yang melakukan perbuatan bertentangan dengan perintah agama Islam. Lihat berikut :

Jadual 9 Senarai 2 (Senarai Negeri)

Kerajaan Negeri di beri hak bagi .... "pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan."

Komen :

Senarai Persekutuan tidak menyatakan hal berkaitan hukuman keatas orang Islam yang melakukan kesalahan terhadap perintah agama Islam.

Dengan itu kerajaan Negeri Sembilan berhak mewujudkan undang-undang yang menghukum orang Islam yang melakukan kesalahan terhadap perintah dalam agama Islam.

Sah Malaysia bukan negara Islam ?

Bukti : Laki-laki sah dari segi undang-undang boleh berpakaian seperti perempuan.

Malaysia negara Islam hanya retorik.

Laki-laki boleh berpakaian seperti perempuan

laki-laki boleh berpakaian seperti perempuan. alasannnya kebebasan individu, atau penyakit psiaktrik. tak tahu yg mana alasan yg sebetulnya. kalau kebebasan, tentu ada akta yg menyekat kebebasan mutlak. contoh tak boleh berbogel tepi pantai. kalau penyakit, kenapa tak ditangkap masukkan hospital (yg sesuai). knp orang berpenyakit dibiarkan berkeliaran di kawasan awam. kalau belum ada ubat, letakkan lah dihospital, macam penyakit aids sebelum ada ubatnya dulu.

Had kuasa Mahkamah kehakiman

Perlembagaan Persekutuan

Artikel 121(1A)

Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) (Mahkamah Tinggi) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.

Komen :

Apabila Mahkamah Tinggi mengadili perkara yang ada dalam bidangkuasa mahkamah Syariah, dengan sendirinya hak yang diadili itu gugur dan tidak ujud keperkuan untuk dibawa ke mahjamah rayuan apatah lagi ke mahkamah persejutuan.

Hakim tidak faham 'jenayah syariah' dengan 'jenayah sivil' ?

.... mungkinkah, sebab itu disebut oleh hakim mahkamah rayuan bahawa laki-laki berpakaian perempuan bukan kesalahan 'jenayah' tanpa menyebut ia 'jenayah syariah' atau 'jenayah sivil'. Mungkin dapat dimaklumi hakim mahkamah rayuan (sivil) tidak diwajibkan faham tentang hukum syariah.

Hak Negeri membuat undang-undang bagi orang Islam

Perlembagaan Persekutuan

Jadual 9 Senarai 2 (Senarai Negeri)

Kerajaan Negeri di beri hak bagi .... "pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan."

Komen :

Senarai Persekutuan tidak menyatakan hal berkaitan hukuman keatas orang Islam yang melakukan kesalahan terhadap perintah agama Islam.

Dengan itu kerajaan Negeri Sembilan berhak mewujudkan undang-undang yang menghukum orang Islam yang melakukan kesalahan terhadap perintah dalam agama Islam.

Mengawal pengembangan agama lain terhadap orang Islam

Perlembagaan Persekutuan

Artikel 11(4)

Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang- undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Komen : Pengawalan terhadap penggunaan kalimah Allah merupakan salah satu cara mengawal pengembangan doktrin agama lain terhadap orang Islam.