Saturday, November 8, 2014

Boleh diskriminasi

Perlembagaan Persekutuan

Kesamarataan

8.
(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang- undang.

(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara .......


Komen :

Alasan mahkamah rayuan ialah perlembagaan tidak boleh mendiskriminasi keatas gender pondan yang memakai pakaian perempuan. Tapi para hakim mungkin tidak terbaca artikel 8(2). Artikel itu jelas menyatakan jika sesuatu diskriminasi dengan jelas dibenarkan oleh perlembagaan, maka diskriminasi itu boleh dilakukan.

Contoh diskriminasi yang dibenarkan ialah kerajaan negeri boleh menggubal undang-undang yang menghukum orang Islam (sahaja) yang melakukan perbuatan bertentangan dengan perintah agama Islam. Lihat berikut :

Jadual 9 Senarai 2 (Senarai Negeri)

Kerajaan Negeri di beri hak bagi .... "pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan."

Komen :

Senarai Persekutuan tidak menyatakan hal berkaitan hukuman keatas orang Islam yang melakukan kesalahan terhadap perintah agama Islam.

Dengan itu kerajaan Negeri Sembilan berhak mewujudkan undang-undang yang menghukum orang Islam yang melakukan kesalahan terhadap perintah dalam agama Islam.

No comments:

Post a Comment

Comments will be moderated.