Thursday, August 30, 2012

UMNO harus mempromosi solat syukur

Jika benar atau jika UMNO percaya bahawa negara ini telah mencapai kemajuan dibawah pemerintahan BN maka UMNO harus mengetuai majlis-majlis solat kesyukuran di seluruh negara sebagai cara tidak lupa kepada Allah SWT atas rezeki yang dikurniakanNya. Ingatlah jika kita bersyukur nanti Allah akan menambah rezeki kita. Jangan jadi seperti Qarun yang menganggap kekayaannya adalah hasil usaha dan kepandaiannya semata-mata, akibatnya Allah menarik balik kekayaannya. Lagi pun, mungkin solat syukur lebih disukai oleh Allah dari solat hajat (?).

Sunday, August 26, 2012

Terma 'Raja Berperlembagaan' tidak ada dalam perlembagaan

Constitutional Monarchy adalah terma ciptaan orang-orang tertentu yang digunakan untuk tidak setuju dengan sistem yang ada. Memang biasa terma-terma dicipta untuk mempengaruhi orabg ramai yang mudah kagum dengan permainan bahasa.

Sunday, August 19, 2012

Dana untuk membeli harta bukan bumi yang dilelong

Orang Melayu perlukan satu dana yang berfungsi untuk membeli harta-harta milik bukan bumi yang dilelong, kemudian menjual harta itu kepada bumiputra dengan mengambil keuntungan yang sedikit sahaja. Cara ini akan sedikit sebanyak memulihkan tanah Melayu untuk kembali menjadi milik orang melayu.

Wednesday, August 15, 2012

Jangan Cakap "Tuhan Bayar Tunai"

Frasa seperti ini setingkali diungkapkan oleh sesetengah golongan bila dah marah sangat terhadap perbuatan seseorang. Sebaiknya hindari dari bercakap seperti ini kerana :

1. Ia berupa doa atau harapan semoga orang yang melampau perbuatannya itu dibalas dengan segera. Ini berentangan dgn ajaran agama Islam yg melarang umatnya berdoa minta Allah timpakan musibah kepada seseorang lain.

Tuesday, August 14, 2012

Berapa Peratus Tanah Dimiliki Bukan Bumiputra

Saya rasa ramai yang mahu tahu berapa peratus tanah di tanah melayu dimiliki oleh bukan bumiputra samada oleh individu atau korporat. Seperti ada sedikit misteri mengapa data ini tidak didedahkan atau minta didedahkan oleh pihak-pihak tertentu. Data mengenai peratus pegangan saham mudah diperolehi. Data lain seperti bilangan sekolah dan sebagainya mudah diperolehi. Di daerah muar kalau kita mengagak secara rambang boleh dikatakan pemilikan tanah oleh bukan bumi boleh dikatakan mencecah 60 peratus. Apakah sebenarnya tanah melayu ini bukan lagi 'tanah melayu' dan fakta ini disembunyikan? Bagaimana kalau bukan bumi menuntut pemerintahan negara berasaskan peratus pemilikan tanah, bukan berasakan undi seperti sekarang ini?