Friday, October 28, 2011

PPSMI seperti menyuruh bayi makan dengan tangannya sendiri

1. Ia satu pendekatanyang salah dan bodoh.

2. Ia satu agenda busuk hati yang melemahkan murid Melayu yang diterima oleh menteri-menteri Melayu yang tolol.

<--------------------------- >

En Syed,

I do not support PPSMI, because PPSMI is a wrong approach towards english proficiency.

My children experience with PPSMI showed that while they not yet grasp the English, they have to grasp the Math and Science subjects at the same time. This is impossible.

For me, the correct approach is to teach English widely and efectively from early schooling, say Pra-school and up to Standard 3 that make students able to converse and read English material conveniently. Then only teach the subject (math, science and whatever subject) in English, because by that time student would already be able to read english books and understand teachers speaking.

PPSMI is like asking a 6 months baby to feed himself. Stupid idea.

I suspect PPSMI is a bad hidden agenda which is made acceptable by stupid malay ministers.

MBIMBM is better.

Friday, October 14, 2011

Jawapan macam bijak

Kenapa mayat dimandikan ?

Sebab mayat tak pandai mandi sendiri.

Susahnya nak kawin

Susahnya proses nak kahwin di Selangor.

1. Kena cuti untuk ambik borang mohon kahwin di Pejabat Agama. majikan swasta ada peraturan kalau keluar pejabat lebih 2 jam dikira cuti tahun.

2. Borang ada 4 mukasurat. Balik baca borang dulu. Bagi yang pertamakali dapat borang, memang terkebil-kebil nak fahamkan.

3. Isi borang. Bukan senang nak isi hampir 50 ruang untuk diisi. Kena buat sikit-sikit. kalau nak buat sekaligus dalam 2 jam memang tak bole siap.

4. Kena fotostet IC sendiri, IC ayah atau emak, IC bakal isteri. Semua 2 salinan. Kena pergi kedai nak buat fotokopi.

5. Jumpa ketua kampung untuk dapatkan tandatangan di borang. Kalau nasib baik, cari 2 atau 3 kali baru ketua kampung ada kat rumah.

6. Kena jumpa jurunikah tempatan untuk tandatangan pada borang. bagi yang pertamakali nak nikah, kediaman jurunikah mana lah nak tahu. tanya 3 atau 4 orang barulah tahu jurunikah duk kat mana. Lepas tu, bila datang rumah jurunikah, dia tak ada kat rumah. baru tau, rupanya jurunikah tu guru agama sekolah agama. Kena pergi sekolah agama cari ustaz tu. Rupa pun tak kenal, terpaksa banyak bertanya guru2 yang ternampak.

7. Sebelum jurunikah tandatangan, dia soal macam-macam. Rupanya dia minta kita ajak saksi pulak. Terpaksa balik rumah dulu, fikir-fikir siapa yang nak diajak jadi saksi. kalau nasib baik, orang pertama kita minta tolong terus mahu jadi saksi. Bukan saksi nikah, tapi saksi tandatangan. saksi kita terpaksa ambik cuti. kan nyusahkan orang lain tu.

8. Bila saksi dah sedia, jumpa lagi jurunukah. Jurunikah bukan terus tandatangan, tapi soal macam-macam, lebih-lebih lagi kalau dia tak kenal kita. Memang lah dia tak kenal kita. Masa tu kita berdebar-debar, entah-entah jurunukah tak mau sain, alamat aku tak bole kawin. Terbayang nak nikah kat siam aje, senang. Tapi, Bila dia sain, legaaaaa ....

9. Hantar borang yang lengkap ke Pejabat agama. Kena cuti lagi. kalau nasib tak baik, orang ramai kat pejabat agama, kena tunggu giliran. Dah ambik masa sekurang-kurangnya setengah jam. kalau datang dah agak tengahari, staf pejabat agama pun dah penat, dapatlah kita tengok muka dia yang masam dan bahasa kurang PR (public relation).

10. Lepas hantar borang, kena tunggu pegawai tetapkan tarikh nikah. Kalau nasib baik, kena tunggu setengah jam. Kalau tak, mau-mau 2 jam baru dapat tarikh nikah.

11. Lepas dapat tarikh nikah, kena hantar satu salinan ke bakal isteri. kalau dia dekat OK, kalau jauh terpaksa cuti lagi.

Begitulah susahnya nak kawin. kalau dapat bini yang cincai, memang panas hati bila teringat susahnya nak isi borang nak kawin.

Bola berhalangan

Teringat masa kat kampung, main bola di kebun getah. Menarik dan seronok main bola dicelah-celah pokok getah. Mungkin permainan ini boleh diketengahkan dan dipopularkan, dengan sedikit penyesuaian. Setiap pasukan dibenarkan membawa penghalang untuk diletakkan di kawasan masing-masing. Spesifilasi penghalang mestilah ditetapkan, contohnya berat, saiz, tidak tajam, bilangan penghalang, kedudukan penghalang dan sebagainya. Mungkin pasukan boleh membawa basikal, tilam, katil sebagai penghalang.

Monday, October 10, 2011

Bajet 2011 : Kenapa gaji swasta dibiarkan

Kerajaan membenarkan pihak swasta menetapkan gaji sendiri, tanpa gaji minimum. Seolah-olah kerajaan itu bukan dilantik untuk menjaga kaum pekerja swasta. Apabila pihak swasta dibenar menetapkan gaji sendiri, tentunya pihak majikan swasta akan memberi gaji paling rendah seboleh mungkin kepada kakitangannya. Hasilnya, syarikat akan untung lebih besar. Apabila syarikat untung lebih besar, mereka akan bayar cukai lebih besar. Seterusnya, kerajaan dan kakitangannyalah yang akan untung lebih besar kerana mereka akan dapat peluang dari pungutan cukai yang banyak hasil menekan gaji pekerja swasta.