Susahnya proses nak kahwin di Selangor.
1. Kena cuti untuk ambik borang mohon kahwin di Pejabat Agama. majikan swasta ada peraturan kalau keluar pejabat lebih 2 jam dikira cuti tahun.
2. Borang ada 4 mukasurat. Balik baca borang dulu. Bagi yang pertamakali dapat borang, memang terkebil-kebil nak fahamkan.
3. Isi borang. Bukan senang nak isi hampir 50 ruang untuk diisi. Kena buat sikit-sikit. kalau nak buat sekaligus dalam 2 jam memang tak bole siap.
4. Kena fotostet IC sendiri, IC ayah atau emak, IC bakal isteri. Semua 2 salinan. Kena pergi kedai nak buat fotokopi.
5. Jumpa ketua kampung untuk dapatkan tandatangan di borang. Kalau nasib baik, cari 2 atau 3 kali baru ketua kampung ada kat rumah.
6. Kena jumpa jurunikah tempatan untuk tandatangan pada borang. bagi yang pertamakali nak nikah, kediaman jurunikah mana lah nak tahu. tanya 3 atau 4 orang barulah tahu jurunikah duk kat mana. Lepas tu, bila datang rumah jurunikah, dia tak ada kat rumah. baru tau, rupanya jurunikah tu guru agama sekolah agama. Kena pergi sekolah agama cari ustaz tu. Rupa pun tak kenal, terpaksa banyak bertanya guru2 yang ternampak.
7. Sebelum jurunikah tandatangan, dia soal macam-macam. Rupanya dia minta kita ajak saksi pulak. Terpaksa balik rumah dulu, fikir-fikir siapa yang nak diajak jadi saksi. kalau nasib baik, orang pertama kita minta tolong terus mahu jadi saksi. Bukan saksi nikah, tapi saksi tandatangan. saksi kita terpaksa ambik cuti. kan nyusahkan orang lain tu.
8. Bila saksi dah sedia, jumpa lagi jurunukah. Jurunikah bukan terus tandatangan, tapi soal macam-macam, lebih-lebih lagi kalau dia tak kenal kita. Memang lah dia tak kenal kita. Masa tu kita berdebar-debar, entah-entah jurunukah tak mau sain, alamat aku tak bole kawin. Terbayang nak nikah kat siam aje, senang. Tapi, Bila dia sain, legaaaaa ....
9. Hantar borang yang lengkap ke Pejabat agama. Kena cuti lagi. kalau nasib tak baik, orang ramai kat pejabat agama, kena tunggu giliran. Dah ambik masa sekurang-kurangnya setengah jam. kalau datang dah agak tengahari, staf pejabat agama pun dah penat, dapatlah kita tengok muka dia yang masam dan bahasa kurang PR (public relation).
10. Lepas hantar borang, kena tunggu pegawai tetapkan tarikh nikah. Kalau nasib baik, kena tunggu setengah jam. Kalau tak, mau-mau 2 jam baru dapat tarikh nikah.
11. Lepas dapat tarikh nikah, kena hantar satu salinan ke bakal isteri. kalau dia dekat OK, kalau jauh terpaksa cuti lagi.
Begitulah susahnya nak kawin. kalau dapat bini yang cincai, memang panas hati bila teringat susahnya nak isi borang nak kawin.
No comments:
Post a Comment
Comments will be moderated.