1. Ada sorang pemain yang banyak jalan kaki, malas kejar bola, malas buat larian, harap bola sampai kat kaki dia, tak cuba 'sergah' benteng lawan - nama dia Nurshahrul. Lain kali, cuba tak payah bagi dia main. Cara dia sesuai untuk tahun 60an. Kawan-kawan penat berlari setiap masa, dia lenggang lenggok jalan kaki.
2. Taktik hantar bola ke belakang sangat membosankan. Aku ingat sistem dah berubah dengan sentiasa bergerak ke hadapan dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini, tapi nampaknya tabiat ini muncul kembali. Tabiat inilah yang diamalkan semasa taraf bolasepak Malaysia jatuh merudum sebelum ini. Baru nak naik, pungut perangai lama.
3. Kunalan, sangat merbahaya kepada pasukan kerana dia sering buat tackle kasar yang boleh menyebabkan dia dibuang padang. 'Judgement' dia untuk timing tackle sangat rendah, harapkan workrate saja dah tak sesuai di peringkat seterusnya.
4. Bek kiri Malaysia (yg masih muda tu, tak ingat nama dia), selalu kalah larian. gantikan dia je.
5. Dari dulu sampai sekarang, pemain Malaysia macam ada masalah tak percaya dengan stamina sendiri.
Selain dari diatas, yang lain okay. Jaringan cantik. Goalie superb.
No comments:
Post a Comment
Comments will be moderated.