Sunday, November 28, 2010

Strategi tidak menghalalkan cara

Dalam sejarah Rasulullah, tidak pernah Baginda cuba mendapatkan sokongan orang bukan Islam dengan alasan untuk menegakkan syiar Islam, walaupun pengikut Baginda sangat sedikit dalam satu masa. Baginda terus berterus terang kepada orang kafir bahawa baginda mahu menegakkan kebenaran tauhid, samada orang kafir sokong atau tidak.

Saturday, November 27, 2010

Gejala sosial : Pandangan Islam dan bukan Islam berbeza

Bagi Islam, berzina samada pakai kondom atau tak adalah tetap berdosa besar.

Bagi bukan Islam, berzina kalau pakai kondom bukanlah satu kesalahan. Dalam ceramah oleh bukan Islam, dinyatakan 'kalau anda melakukan senggama, pakailah kondom'. Tidak disebut larangan berzina. Malah seolah-olah digalakkan pula.

Kerana adanya perbezaan ini, negara harus ada satu dasar moral negara.

Tuhan bukanlah membalas

1. Kita secara longgar sering berkata Tuhan 'membalas'. Contohnya kalau ada sesuatu keburukan berlaku pada seseorang yang telah berbuat kejahatan, kita akan berkata itulah balasan Tuhan.

2. Sebenarnya kalau kita browse Quran, kita akan dapati tidak ada ayat yang mengatakan Tuhan membalas perbuatan jahat seseorang. Istilah yang paling hampir ialah 'menghukum' atau 'mengingatkan'. Begitu juga dalam hadith-hadith, belum pernah terdengar ustaz-ustaz berkata yang Tuhan membalas perbuatan jahat seseorang.

3. Jika Tuhan bersifat 'pembalas', ini bererti Tuhan itu pendendam, sedangkan sifat pendendam bukanlah sifat Tuhan. Maha suci Tuhan dari bersifat pendendam.

4. Sifat Tuhan ialah memberi peringatan dan menjatuhkan hukuman. Tentulah berbeza antara 'balas' dengan 'hukuman'.

Wednesday, November 24, 2010

Dasar Moral Negara

Negara kita harus ada satu Dasar Moral Negara.

Orang India suka ke klinik ?

Kalau kita ke klinik atau hospital di Klang atau Shah Alam, dari pandangan kasar, kita akan dapati bilangan orang India yang mendapat rawatan sangat ramai, sehingga mencecah 40 % dari orang yang mahu mendapatkan rawatan, seolah-olah mereka kaum majoriti di negara ini. Saya bandingkan dengan klinik di kampong saya yang kadang-kadang sunyi kerana tiada orang yang datang mendapatkan rawatan.

Yang saya ingat tentang Tun Dr Mahathir

Yang baik :

1. Menggalakkan orang Melayu berniaga. Hasilnya sekarang ini ramai orang Melayu yang berniaga.

2. Menjadikan Malaysia sebuah negara Industri.

3. Memecat Anwar Ibrahim.

Yang tak baik

1. Mengikis kuasa Raja dan Sultan melalui pindaan Perlembagaan. Kerana salahlaku seorang Sultan saja, habis semua raja dan orang Melayu dipalitkan.

2. Dihujung pentadbirannya, kisah-kisah orang kafir masuk Islam tidak lagi tersiar di akhbar-akhbar. Tidak tahu samada ini ada arahan atau kebetulan.

3. Meminda Kanun Tanah Negara yang membenarkan tanah milik rakyat diambilalih oleh negara. Ini rata-rata melibatkan tanah milik orang Melayu.

.