Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"
(Al-Israa' 17:111)
Kita membesarkan dan memuliakan Allah dalam segala aspek. Salah satu aspek ialah aspek bahasa dimana kita menggunakan perkataan yang berbeza bagi Allah, contohnya kepada manusia kita mengucapkan terima kasih tapi kepada Allah kita mengatakan Syukur. Bagaimanapun sejak akhir2 ini ada program tv yang menyebut 'terima kasih Allah'. Ini menjadikan Allah itu sama taraf seperti manusia, seperti anggapan kristian bahawa Tuhan itu menjadi manusia.
No comments:
Post a Comment
Comments will be moderated.