1. dimana ada bola, disitu ada ramai pemain thailand.
2. pemain thailand pandai berputar badan dengan cepat.
3. pemain thailand pandai melekatkan bola dikaki.
4. pemain thailand rata-rata lebih pantas lariannya.
harap saya silap.
Pada minit 20 thailand main jahat bila seorang pemainnya dengan sengaja menyiku mat yo. nampak sangat sengajanya.
Pada minit 45, pengadil korea tunjuk jahat dengan memberi kad merah pada pemain Fadli Shas sedangkan dia berada dipihak yang tidak bersalah sebaliknya pemain thailand yg menyikunya terlebih dulu kemudian pemain thai itu berpura2 seolah2 dia yg jadi mangsa dgn meluru pada Fadli selepas menyiku. Pemain thai yg buat tackle kasar pada nurshahrul tidak pula dikenakan apa-apa tindakan. Tapi muka pengadil korea memang nampak benci kat Malaysia.
Rasanya pemain Thailand telah diarahkan oleh jurulatih mereka untuk membuat provokasi keatas Fadhli kerana mereka tahu Fadhli sudah ada 1 kad kuning. Inilah satu taktik jahat. Malaysia nak belajar atau tak taktik ni?
Lepas 5 minit separuh kedua aku dah tak selera nak tengok. Aku tak tahu macamana Malaysia nak score kalau cuma ada seorang striker di letakkan di depan. Dah tu, dia kalah larian, cuma harapkan kebolehan menggelecek sedangkan setiap masa dihimpit oleh 2 atau 3 pemain thailand. Tambah lagi tiada pemain Malaysia yang beri sokongan. Tu yang buat aku tukar stesen tv lain.
Akhirnya dari berita tengah malam aku dapat tahu kita tewas 2 gol.
Apa yg jurulatih dah latih? Taktikal saja tak cukup. Jurulatih macam tak nampak kekurangan yang ada pada kebolehan pemain. Kan nampak sangat pemain kita memang dari dulu tak larat nak main 90 minit. Dah tu tak pandai nak lekatkan bola dikaki. Itu tugas jurulatih samada cari pemain yg dah sedia ada nafas panjang dan pandai kawal bola, atau latih pemain supaya jadi macam tu.
No comments:
Post a Comment
Comments will be moderated.