Friday, May 10, 2013

Langkah pemimpin Cina dalam PRU14 nanti

Selepas PRU13, pemimpin DAP dapat meyakinkan orang Cina bahawa mereka mempunyai keupayaan untuk mengetuai kerajaan di Malaysia. Dalam PRU13 mereka memenangi 38 kerusi. Selepas PRU13 mereka mendapat lebih sokongan apabila orang-orang MCA dan Gerakan enggan diwakili dalam kerajaan BN. Ini secara tidak langsung adalah sokongan MCA dan Gerakan kepada masa depan DAP. Mereka akan lebih meyakinkan baki pengundi Cina bahawa 'Cina Boleh!'. Mereka akan dapat 45 ke 48 kerusi dengan mudah. Ditambah pada masa depan lebih banyak bandar akan ujud yang akan memihak kepada DAP. Dibantu oleh PKR dan PAS mereka boleh mendapat majoriti mudah 112 kerusi dan DAP menjadi pemegang kerusi terbanyak. Apek-apek sudah nampak!

Kerusi Parlimen bermajoriti Cina atau hampir bermajoriti Cina yang belum dikuasai DAP :

P165 Tanjong Piai
P161 Pulai
P159 Pasir Gudang
P158 Tebrau
P150 Segamat
P142 Labis
P89 Bentong

No comments:

Post a Comment

Comments will be moderated.