Thursday, February 20, 2014

Kasim Ahmad : Pendapat dia

"Tiap-tiap generasi diperintah oleh Tuhan mengkaji semula ajaran-ajaran pemimpin mereka yang terdahulu; yang betul diterima dan diteruskan, yang salah ditolak." Dari mana dia dapat 'perintah' berkenaan ?

 =====
kata Kassim Ahmad tentang bertudung : "Menutup rambut dengan bertudung bermakna udara bersih tidak dapat memasuki rambut. Dengan itu rambut menjadi busuk. Dengan lain perkataan, ia tidak sihat."

Pelik dengan pandangan dia ni. Kalau dia tu menutup badan dengan baju, bermakna udara bersih tidak dapat memasuki badan dia. Dengan itu badan dia menjadi busuk.

====

Kata dia :

"Rasul akan berkata:  ‘Tuanku, umatku telah membelakangkan Quran ini."


Dia kata Rasul menggunakan perkataan Tuanku, bukan Tuhanku bila berdoa kepada Allah SWT.

=====

Dalam teks ucapan dia dalam Seminar, dia tidak pernah menyebut Allah, tetapi hanya menyebut Tuhan, seolah-olah bagi beliau Allah itu diterjemah sebagai Tuhan.

=====

Kata dia :

"Quran itu mesti ditafsirkan semula oleh generasi yang mendatang, mewarisi tafsiran yang betul dan menolak tafsiran yang silap daripada generasi yang terdahulu."


Tapi dia tidak ada pun menyebut apakah tafsiran yang dia rasa salah dan apakah tafsiran yang betulnya.

======

Friday, February 7, 2014

Serangan minda keatas Melayu

Sekarang ini kalau kita berada di internet, kita dapati semakin kerap bangsa Melayu dikutuk, dicaci dan dihina oleh kaum lain di Malaysia ini terutamanya oleh kaum Cina (yang kononnya mereka bangsa lebih agung), dan terdapat banyak juga oleh orang Melayu sendiri (yang kononnya moden). Lawati saja di blog-blog, forum-forum dan laman sesawang.

Kutukan, hinaan dan cacian itu berpusar pada isu bahawa orang Melayu tidak maju, bahasa Melayu tidak global (isu orang Melayu malas sekarang sudah jarang kedengaran).

Pengutuk, pencaci dan penghina itu membandingkan pencapaian orang Melayu dengan pecapaian orang Barat dan orang Cina (samada Cina di Tanah Besar Cina atau Cina di Malaysia dan Singapura).

Rasanya, orang Melayu di Malaysia tidak perlu marah kerana nampak sangat kebodohan si pencaci itu.

Sebabnya mudah saja :

1. Faktor bilangan penduduk : bilangan orang Melayu hanya sekitar 10 juta orang, dibandingkan dengan orang Barat di Eropah dan benua Amerika yang berjumlah sekitar 500 juta, dan orang Cina hampir 1.4 Billion.

2. Faktor sejarah : Orang Melayu baru saja bebas merdeka pada 1957 sedangkan orang Barat tidak pernah dijajah, dan orang Cina hanya sebahagian kecil saja tanah mereka di jajah dahulu.