Sekarang ini kalau kita berada di internet, kita dapati semakin kerap bangsa Melayu dikutuk, dicaci dan dihina oleh kaum lain di Malaysia ini terutamanya oleh kaum Cina (yang kononnya mereka bangsa lebih agung), dan terdapat banyak juga oleh orang Melayu sendiri (yang kononnya moden). Lawati saja di blog-blog, forum-forum dan laman sesawang.
Kutukan, hinaan dan cacian itu berpusar pada isu bahawa orang Melayu tidak maju, bahasa Melayu tidak global (isu orang Melayu malas sekarang sudah jarang kedengaran).
Pengutuk, pencaci dan penghina itu membandingkan pencapaian orang Melayu dengan pecapaian orang Barat dan orang Cina (samada Cina di Tanah Besar Cina atau Cina di Malaysia dan Singapura).
Rasanya, orang Melayu di Malaysia tidak perlu marah kerana nampak sangat kebodohan si pencaci itu.
Sebabnya mudah saja :
1. Faktor bilangan penduduk : bilangan orang Melayu hanya sekitar 10 juta orang, dibandingkan dengan orang Barat di Eropah dan benua Amerika yang berjumlah sekitar 500 juta, dan orang Cina hampir 1.4 Billion.
2. Faktor sejarah : Orang Melayu baru saja bebas merdeka pada 1957 sedangkan orang Barat tidak pernah dijajah, dan orang Cina hanya sebahagian kecil saja tanah mereka di jajah dahulu.
No comments:
Post a Comment
Comments will be moderated.