1. Kg Baru KL milik 100% Melayu.
2. Datang pemimpin Melayu mencadangkan supaya Kg Baru dibangunkan.
3. Orang Cina tak sebok pun nak suruh org Melayu bangunkan Kg Baru.
4. Orang India pun tak sebok-sebok suruh orang Melayu bangunkan Kg Baru.
5. Pemimpin Melayu yang sebok-sebok suruh orang Melayu bangunkan Kg Baru.
6. Pemimpin Melayu kata kononnya mereka segan dan malu dengan orang Cina dan India dan orang putih yang datang KL bila mereka tengok keadaan di Kg Baru.
7. Sedangkan sebenarnya keadaan Kg Baru tu okay saja, maju, aktibiti rancak dari semua segi, perniagaan, pendidikan, keagamaan dan sebagainya. Kawasan pun bersih.
8. Kemudian datang lagi cadangan yang lebih teruk.
9. Cadangan itu pun datang dari pemimpin Melayu.
10. Pemimpin Melayu itu mahu orang bukan Melayu dapat 40% dari pembangunan Kg Baru.
11. Orang Cina tak sebok pun nak mintak apa-apa bahagian.
12. Orang India pun tak sebok-sebok mintak apa-apa bahagian.
13. Pemimpin Melayu yang sebok-sebok suruh orang Melayu bagi 40% kepada orang Cina/India.
14. Dulu guna alasan segan, sekarang nak guna alasan apa ye ?
15. Ada lagi pemimpin Melayu yang dengki khianat pada bangsanya sendiri, tak senang tengok bangsanya duduk aman damai dan bahagia. Ada saja gatal tangan kaki dan kepala hotak nak mengurangkan hak orang Melayu.
16. Pemimpin Melayu itu orang-orang UMNO kah ?
No comments:
Post a Comment
Comments will be moderated.