Saturday, May 22, 2010
Komplen pasal sambutan Hari Guru
Pada Jumaat 21 Mei 2010 diadakan acara sambutan Hari Guru di sekolah anak saya, sebuah sekolah rendah. Guru-guru menunjukkan bakat masing-masing dengan membuat persembahan nyanyian dan lawak. Acara dibuat di padang perhimpunan. Acara bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Sebelum hari berkenaan, murid-murid diberitahu mereka boleh datang atau boleh tidak datang ke sekolah. Murid-murid yang datang dipaksa menonton persembahan guru-guru ditengah panas dan tidak dibenarkan tinggal di kelas. Persembahan rehat sebentar pada pukul 10 tapi hanya setengah jam. Murid-murid berebut untuk membeli makanan di kantin. Pada hari itu, murid-murid sesi petang di suruh hadir pada sesi pagi. ramai murid tidak sempat untuk membeli makanan dikantin kerana kantin sesak. Selepas persembahan tamat, guru-guru makan dikantin tapi tak ada jamuan untuk murid-murid. Ramai murid-murid kelaparan setelah kepanasan. Untunglah murid yang tak hadir sekolah pada hari itu. Macamanalah guru-guru dan guru besar boleh memaksa murid melihat persembahan tapi tidak menyediakan minuman dan makanan untuk murid-murid sedangkan sekolah menyediakan pula peruntukan untuk guru-guru menjamu makanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Comments will be moderated.