Friday, June 25, 2010

Judi : Masih ada pemimpin yang fikir macam ni

1. Mereka kata kalau judi dihalalkan akan mengurangkan aktibiti judi haram.
2. Memang betullah, tapi apa maknanya, apa substance nya. Kalau cakap 1 + 1 = 2 semua pun orang boleh cakap. Budak kecik pun boleh cakap. Ini menteri yang cakap. Menteri pun cakap macam budak kecik ke.
3. Katakan kat negara kita ada 1 juta orang yang suka berjudi. Setiap orang berjudi sekali seminggu. Maknanya dalam setahun ada 1 juta X 52 minggu = 52 juta aktibiti berjudi.
4. Kalau sebahagian aktibiti judi dihalalkan, sebahagian aktibiti yang tidak dihalalkan akan tetap ujud. Ini bermakna, jumlah aktibiti judi tidak berubah. Yang berubah hanya bilangan aktibiti judi halal (bertambah) dan bilangan aktibiti judi haram (berkurang).
5. Menghalalkan aktibiti judi akan memberi signal kepada orang yang belum tahu berjudi bahawa judi itu aktibiti yang baik dan dihalalkan oleh negara. Ini boleh menambah aktibiti judi dalam negara.
6. Kalau aktibiti judi halal mahu ditambah kerana semata-mata mahu menambah hasil negara, TAK TAHULAH apa lagi nak cakap. Menteri tu pun orang Islam juga.

No comments:

Post a Comment

Comments will be moderated.