Thursday, January 27, 2011

Berdikari dianggap mensabotaj

Lee Kuan Yew cakap tindakan Malaysia membina pelabuhan di tanjung Pelepas sebagai tindakan sabotaj terhadap Singapura. Alahai, Malaysia nak berdikari pun dianggap sabotaj.

Thursday, January 13, 2011

Pegawai lebih ramai dari pemain

Terkejut aku tengok gambar dalam suratkhabar yang menunjukkan satu mesyuarat Persatuan Badminton Malaysia mengenai perletakan jawatan Misbun. Amboi ramainya pegawai, anggarannya lebih dari 10. Ramai-ramai pegawai tu hanya dapat melahirkan SATU Chong Wei dalam hampir 10 tahun. Dahsyat...

Friday, January 7, 2011

Allah jadikan manusia berbangsa-bangsa

Dalam Quran dinyatakan bahawa Allah memang jadikan manusia berbangsa-bangsa. Salah satu bangsa ialah bangsa Melayu. Orang yang tidak mengaku bahawa ia adalah dari sesuatu bangsa bereti dia menafikan apa yang Allah katakan.

Ada banyak perkara yang Allah jadikan yang kita harus terima dan tidak perlu malu mengenainya seperti kita dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan, kita dilahirkan di malaysia bukan di Amerika dan kita ini berbangsa tertentu, dan sebagainya. 

Wednesday, January 5, 2011

Karam Singh Walia

Wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), Karam Singh Walia (gambar) menafikan dia mabuk semasa didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

Katanya, dia masih waras dan sedar apa yang diperkatakan ketika kejadian itu.

Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan sebuah restoran India Muslim.

"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

=====

1. Kenapa dah masuk dalam Restoran masih nak ulang-ulang kemarahan ?

2. Tak layak seorang terkenal macam Karam mengeluarkan kata-kata 'bodoh punya orang'. Ini perkataan tak bertamadun.

3. Meletak kenderaan depan restoran berlaku dimana-mana. kdg2 motor, kdg2 kendraan mewah. Sudah jadi norma. Walaupun tak sesuai tapi tak perlu dicap sebagai bodoh.

4. Apa kata karam buat rancangan TV berkenaan meletakkan kenderaan depan restoran kemudian ulang-ulang cakap 'bodoh punya orang'.