Wednesday, January 5, 2011

Karam Singh Walia

Wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), Karam Singh Walia (gambar) menafikan dia mabuk semasa didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

Katanya, dia masih waras dan sedar apa yang diperkatakan ketika kejadian itu.

Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan sebuah restoran India Muslim.

"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

=====

1. Kenapa dah masuk dalam Restoran masih nak ulang-ulang kemarahan ?

2. Tak layak seorang terkenal macam Karam mengeluarkan kata-kata 'bodoh punya orang'. Ini perkataan tak bertamadun.

3. Meletak kenderaan depan restoran berlaku dimana-mana. kdg2 motor, kdg2 kendraan mewah. Sudah jadi norma. Walaupun tak sesuai tapi tak perlu dicap sebagai bodoh.

4. Apa kata karam buat rancangan TV berkenaan meletakkan kenderaan depan restoran kemudian ulang-ulang cakap 'bodoh punya orang'.

No comments:

Post a Comment

Comments will be moderated.