Saturday, January 7, 2012

Anwar kalau bercakap bagaikan nyanyian merdu

Anwar kalau bercakap memang sedap didengar, mengasyikkan, kalah lenggok suara Siti Norhaliza. Tapi tulah saja kepandaian Anwar, iaitu bercakap. Dari segi melaksanakan sesuatu, hancur. Aku masih ingat masa Anwar dilantik jadi Menteri Pertanian dulu. Rata-rata orang kampung naik semangat bila Anwar jadi Menteri Pertanian sebab mengharapkan adanya revolusi pertanian dan dasar-dasar baru pertanian yang mendatangkan faedah banyak kepada orang kampung dan petani, sesuai dengan aura kepetahannya bercakap. Tapi, selepas hampir setahun jadi Menteri, tak ada satu pun yang nampak ada kesan besar kepada petani. Seolah-olah Anwar cuma duduk dikerusi Menteri dan laksanakan dasar yang sedia ada, tiada pembaharuan, tiada reformasi. Akhirnya selepas 2 tahun, semangat orang kampung pun hilang. Anwar dilantik jadi Menteri lain. Orang kampung dah tak kisah Anwar ada atau tak ada. Cuma itulah kekuatan Anwar, petah bercakap. Adakah nama Anwar ada dicatatkan dimana-mana institusi berkaitan pertanian ? Tak ada. Ada orang tanam pokok dan beri nama Anwar ? tak ada. Tak ada jasa cemerlang Anwar yang boleh direkodkan untuk tatapan generasi anak petani di masa depan.

1 comment:

  1. inilah munafik namanya. masalahnya ramai org yg ngaku pejuang islam percaya dgn manusia munafik ini. sanggup gadai body dan nyawa demi manusia lidah bercabang ni.....MASYAALLAH

    ReplyDelete

Comments will be moderated.