1. Sekarang ini, masalah aqidah dikalangan kakitangan muslim yang bertugas di syarikat-syarikat yang bukan muslim dan bercampur dengan kakitangan bukan muslim adalah agak menakutkan.
2. Saya sendiri tahu ada kenalan saya yang berkahwin dengan perempuan Sikh dan sekarang kerap berkunjung ke kuil Sikh.
3. Rata-rata, orang bukan muslim sudah berani untuk mendakwah orang-orang Islam bukan secara sengaja tapi melalui ucapan-ucapan dan perbuatan mereka. Maklumlah, apabila sudah rancak berbual, mereka akan tercakap tentang dasar-dasar dan pegangan dan pendapat-pendapat mereka.
4. Apabila kakitangan Islam didakwah sebegitu, siapakah yang menolog meeka ? Apakah pihak berkuasa agama atau muslim lain akan berkata 'itu dia punya pasal untuk pertahan aqidah dia' ?.
5. Saya sangat berharap agar ada undang-undang yang mewajibkan syarikat-syarikat samada yang dikuasai oleh muslim atau bukan muslim untuk mengadakan sesi belajar agama sekurang-kurangnya sejam dalam sebulan di premis mereka, dimana kakitangan muslim boleh diajar soal-soal aqidah dan lain-lain termasuk untuk bertanya hal-hal agama.
6. Harp-harap sesi itu bukan bercakap tentang sabar, poligami tapi hendaklah soal Tauhid. saya percaya, muslim yang kuat tauhidnya juga akan rajin bekerja dan syarikat juga akan mendapat rahmat dar Allah.
7. Bukan semua muslim dapat belajar agama dari muda lagi. Ada yang sambil lewa masa muda. Oleh itu pelajaran agama hendaklah berterusan. Pihak berkuasa agama hendaklah mengambil peranan, jangan hanya tahu mentadbir dan menghukum tapi tak berani nak berdakwah. Negara kta adalah Islam agama resminya. Tidak salah kalau kita memperkuatkan pengetahuan Islam dikalangan orang Islam. Negara telah menentukan tempoh masa muslim untuk bekerja memperkayakan negara, apa salahnya negara meluangkan masa untuk pekerja muslim belajar agama dalam waktu bekerja.
No comments:
Post a Comment
Comments will be moderated.