Saturday, February 18, 2012
Bagaimana Muslim Memandang
Bagi muslim, semua isu di dunia ini adalah isu agama, sebab Islam itu lengkap dan meliputi. Bagi orang bukan Islam, sesuatu isu itu mungkin isu agama dan mungkin juga bukan isu agama (budaya). Ini kerana agama bukan islam itu tidak lengkap dan tidak meliputi.
Apabila seorang wanita memakai baju, bagi muslim ia adalah isu agama (menutup aurat atau tidak). Tapi bagi bukan Islam, ia bukan isu agama tapi hanya isu budaya. Bagi muslim, ada yang lebih tinggi dari budaya, iaitu agama. Bagi non-muslim, budaya itu sama paras dengan agama.
Ada pertembungan antara cara memandang sesuatu isu, antara cara muslim dan cara bukan muslim.
Orang bukan Islam hampir langsung tidak memahami cara Muslim memahami kerana mereka tidak ada konsep 'agama itu lengkap'. Tapi orang Islam sedikit sebanyak boleh faham cara non muslim memahami sesuatu isu.
Sekarang ini non muslim cuba menerapkan cara mereka memahami sesuatu isu keatas orang islam iaitu mereka mahu orang islam mengikut cara mereka memahami sesuatu isu.
Apabila ada pemimpin Islam dipakaikan nandek oleh pendita hindu, ada org islam yg menganggap nandek itu budaya, sedangkan jelas nandek itu dipakai bagi membuktikan seorang hindu baru saja membuat ritual sembahyang. Jadi ada org islam yang sudah tertipu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Comments will be moderated.