Pemerhatian semasa peristiwa kebakaran kebun di Muar :
1. Bomba suruh orang kampong buat kolam sendiri. Ini menunjukkan pihak bomba hanya tahu 'menggunakan' sumber air yang sudah sedia ada tetapi tidak tahu 'membuat' atau 'mencipta' sumber air. Sebagai sebuah badan professional, kekurangan kebolehan seperti ini sangat menjolok mata. Seharusnya pihak bomba mempunyai peralatan untuk membina sumber air, contohnya menggali perigi sementara.
2. Bomba tidak ada tiub salur yang pelbagai saiz. Tidak semua kebakaran memerlukan tiub saiz besar yang lekat pada badan lori bomba. Sekarang terdapat sistem dimana mesin penyedut air boleh diangkat dengan tangan untuk dibawa masuk ke kawasan kebakaran yang jauh dari kedudukan lori bomba. Pihak bomba seharusnya mempunyai sistem seperti ini.
3. Bomba tidak ada kenderaan yang pelbagai saiz. Sekarang ini jika pihak bomba tidak dapat masuk ke sesatu kawasan kerana lori bomba tidak boleh masuk disebabkan saiznya, maka begitulah saja kedudukannya. Seharusnya pihak bomba sebagai badan professional mempunyai kenderaan yang lebih kecil untuk mudah sampai ke kawasan yang lebih jauh.
No comments:
Post a Comment
Comments will be moderated.