Hari ini saya merakamkan rasa yang teramat sedih bila PM Najib berkata bahawa orang Cina bukan Pendatang di Tanah Melayu dan orang Cina tidak perlu berterima kasih kerana diberi kerakyatan.
Najib bercakap bagi kepentingan politiknya, bukan bagi kepentingan kaum Melayu yang melantiknya.
Perlembagaan dan Social Contract bercakap mengenai kaum, bukan individu, bukan Ah Chong, Mei Lin dan sebagainya, bukan pada peringkat inmdividu, tapi di peringkat kaum. Selagi seseorang itu dari kaum Cina, maka dia adalah dianggap pendatang di Tanah Melayu.
Apabila kaum Cina diberi kerakyatan sekali gus pada masa dulu, operasi pada masa itu adalah diperingkat kaum, bukan berpilih-pilih, Ah Chong diberi kerakyatan sementara Mei Lin tidak. Ah Chong dan Mei Lin diberi kerakyatan kerana mereka kaum Cina.
Pemberian kerakyatan bukan bererti mereka bukan Pendatang. Mereka adalah tetap Kaum Pendatang, sebab itu ada operasi memberi kerakyatan, bukan secara otomatik dapat kerakyatan. Kaum Cina adalah Pendatang yang diberi Kerakyatan.
No comments:
Post a Comment
Comments will be moderated.