1. Istilah Pribumi itu ialah istilah Melayu, diucapkan oleh orang Melayu, yang tinggal di gugusan kepulauan Melayu, dimana gugusan kepulauan Melayu adalah tanah milik mereka, dan Melayu (dari pelbagai suku dan puak) adalah penduduk asal gugusan kepulauan Melayu.
2. Istilah Pendatang juga adalah istilah Melayu, lawan bagi istilah Pribumi dimaksudkan kepada kaum yang bukan penduduk asal gugusan Kepulauan Melayu yang datang ke rantau Kepulauan Melayu.
3. Orang Melayu menganggap kaum bukan Melayu 'datang' ke Tanah Melayu, sebab itu orang bukan Melayu dipanggil 'Pendatang'.
4. Orang bukan Melayu dianggap 'datang' ke tanah Melayu kerana mereka sudah ada 'rumah' sendiri, ada tanahair mereka 'sendiri', samada di India atau Cina.
5. Orang Melayu juga akan dianggap 'datang' ke benua Cina atau India dan akan dipanggil Pendatang jika datang ke Cina atau India. Malah orang Cina dan India di benua Cina dan India lebih kuat sikap protective mereka terhadap kedatangan kaum asing. Kalaulah sikap 'kaum' itu tidak ujud dalam jiwa manusia, tentulah orang British dan 'penjajah' tidak dipanggil dengan panggilan 'penjajah' tapi diterima dengan baik oleh penduduk asal India, Cina dan kepulauan Melayu.
6. Istilah Pendatang adalah cetusan rasa penduduk pribumi terhadap kaum yang 'datang'. Secara teknikalnya, ia adalah cara Pribumi untuk membezakan diri mereka sebagai Pribumi dan mengenal, mengakui dan mengawal hak mereka yang berbeza dari kaum yang 'datang'.
7. Istilah Warganegara (Citizenship) adalah konsep ciptaan penjajah untuk mengkesampingkan istilah Pribumi/ Pendatang supaya dengan cara itu orang pendatang seolah-olah diberi sesuatu hak. Sebab itu dalam perlembagaan, dinyatakan secara khusus hak-hak sebagai warganegara. Perlembagaan itu adalah bagi maksud Kewarganegaraan, bukan bagi maksud Kepribumian. Hak-hak Pribuni tidak diperlembagakan atau dituliskan dimana-mana kerana ia ujud dalam jiwaraga Pribumi itu sendiri. Jika jiwa Pribumi sudah hilang perasaan kepribumian, maka dia tak akan mempertahankan haknya kerana dia sudah tidak tahu bahawa dia sebenarnya ada hak sebagai Pribumi. Bagi orang yang sudah tidak ada rasa kepribumian, haknya adalah berdasarkan Perlembagaan, iaitu sesuatu konsep dokumen yang di cipta oleh kaum lain.
8. Hak kaum Pendatang tidak sama dengan hak Pribumi. Hak Pribumi lebih luas dan meliputi dan tidak boleh ditarikbalik. Hak Pribumi lebih tinggi dari hak Warganegara. Hak warganegara boleh ditarikbalik. Hak warganegara diberi berdasarkan individu, bukan berasaskan kaum, tapi hak Pribumi adalah berasaskan kaum yang asal menduduki sesuatu kawasan itu.
9. Orang bukan Melayu yang ada di tanah Melayu sendiri mengaku bahawa walaupun mereka lahir di tanah Melayu, tapi ibubapa atau datuk nenek mereka 'datang' bersusahpayah ke Tanah Melayu dari tanahair mereka di India atau Cina untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Mereka mengaku telah dapat kehidupan yang lebih baik di tanah Melayu dan tidak akan balik ke kawasan asal kaum mereka di India atau Cina. (Cuba lihat satu video pengakuan oleh seorang peguam India di laman web bar Council). Sebenarnya inilah sikap kaum Pendatang, tujuan utama mereka ialah 'kesenangan' hidup. Kalaulah tanah Melayu ini adalah 'neraka' bagi mereka, maka mereka akan berhijrah ke kawasan lain.
10. Olehkerana konsep warganegara adalah ciptaan penjajah, maka sepatutnya penerimaannya tidak disokong seratus peratus oleh kaum Pribumi. Kaum Pribumi hendaklah seboleh-bolehnya mendapatkan semula haknya sebagai Pribumi yang telah dikikis oleh penjajah dengan menjuruskan hak warganegara itu kearah menghormati dan melindungi serta mendapatkan semula hak penuh kaum Pribumi.
11. Konsep Pribumi hendaklah diperkuatkan diminda orang-orang Melayu.
No comments:
Post a Comment
Comments will be moderated.