Saturday, September 4, 2010

ESQ Training

Berdasarkan satu program di TV, saya dapati :

1. 'God Spot' tidak merujuk secara khusus kepada Allah SWT. Ini dengan secara halus membuat peserta beranggapan bahawa Tuhan itu boleh dirujuk kepada siap-siapa saja, samada Jesus, tuhannya Hindu dan sebagainya. Sangat halus.

2. Dalam ceramah yang disampaikan oleh penceramah ESQ, mereka hanya menyebut 'Allah', bukannya Allah SWT atau Allah Azzawajalla. Terdapat kecenderungan untuk menaksir bahawa bagi ESQ, 'Allah' itu bermaksud 'Tuhan' yang merujuk kepada mana-mana Tuhan dari mana-mana agama, bukan merujuk 'Allah' itu sebagai nama khusus bagi Tuhan Yang Esa.

3. Dalam ceramah yang disampaikan oleh penceramah di TV, latarbelakang pentas adalah berwarna biru dengan hiasan bintang-bintang. Struktur ini hampir sinonim dengan corak Kristian yang gemar warna biru dan penggunaan bintang-bintang, bukan simbol bulan dan bintang dan warna hijau. Ini mungkin cara halus untuk mengalih pengenalan orang Islam lari dari amalan biasa muslim tapi mengarah kepada corak dan simbol Kristian.

4. Dalam ceramah yang disampaikan oleh penceramah di TV, penceramah tidak menyebut langsung ayat-ayat Quran atau hadith sebagai rujukan tetapi menggunakan pendekatan akal fikiran semata-mata.

5. Dalam ceramah yang disampaikan oleh penceramah di TV, modus operandinya ialah seolah-olah mahu membuat peserta menangis teresak-esak. Ini adalah modus operandi yang memang jadi amalan penceramh-penceramah Kristian. Penceramah-penceramah Muslim biasanya lebih berpijak dibumi nyata, bukan mencipta tangisan.

No comments:

Post a Comment

Comments will be moderated.