1. Setahu aku, menutup kepala bagi lelaki itu adalah sunnah Nabi juga, kerana sentiasa diamalkan oleh Rasulullah.
2. Dulu aku pernah terbaca, menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, dibuat dapat pahala, kalau ditinggalkan tidak mengapa.
3. Sekarang ini, kita dapati sudah jadi macam trend bagi penceramah-penceramah agama untuk tidak menutup kepala. Ini boleh kita lihat terutamanya di TV.
4. Mengapa orang-orang yang pandai agama ini tidak mahu menutup kepala ? (1) Adakah kerana malu takut kelihatan ketinggalan zaman, atau (2) kerana beranggapan bahawa menutup kepala itu bukan Sunnah dan tidak ada pahala jika memakainya, atau (3) mereka tahu ada pahala jika memakai penutup kepala tapi beranggapan 'pahala' yang Allah peruntukkan itu tidak ada nilai ?
No comments:
Post a Comment
Comments will be moderated.