Tuesday, September 28, 2010

Perlu sebuah parti politik seperti PERKASA

Ibrahim Ali kata PERKASA akan tetap sebagai sebuah NGO dan tak akan jadi sebuah parti politik. Tapi, kalau PERKASA hanya tetap sebagai sebuah NGO, ia hanya setakat boleh menyalak, seperti anjing menyalak bukit, kalau kerajaan tidak mahu dengar pun PERKASA tak boleh buat apa. Bukan kita tak tahu, pemimpin Melayu yang dilantik oleh orang Melayu bila dah jadi pemimpin, mereka jadi juara bagi kepentingan sendiri dan kaum bukan Melayu. Kalau PERKASA sebagai NGO menyalak kuat sikit, kerajaan boleh ISAkan pemimpin PERKASA. Jadi, orang Melayu perlu sebuah parti Politik yang bertindak seperti PERKASA, supaya suara orang Melayu bukan setakat didengar tapi ada kuasa undi penentu dalam apa-apa isu, dalam parlimen, dalam penggubalan undang-undang, dalam perbincangan-perbincangan dan sebagainya. rata-rata, parti-parti Melayu seperti UMNO dan PKR dietuai oleh Melayu-Melayu yang belajar tinggi di luar negara dan mereka sudah hidup senang. Akibatnya mereka tidak prihatin terhadap nasib masa depan berjuta-juta lagi orang Melayu yang belum mencapai tahap pendidikan mereka. Biarlah orang Melayu lepaskan UMNO dan PKR, biar keduanya menjadi seperti Enau dalam Belukar melepaskan pucuk masing-masing. Orang Melayu perlu sebuah parti politik yang memperjuangkan golongan bawahan, orang-orang kampong yang masih menjadi senario besar dalam negara kita. 

No comments:

Post a Comment

Comments will be moderated.