Thursday, December 13, 2012

Selepas 15 minit, Malaysia mungkin tewas kerana. ..

1. dimana ada bola, disitu ada ramai pemain thailand.
2. pemain thailand pandai berputar badan dengan cepat.
3. pemain thailand pandai melekatkan bola dikaki.
4. pemain thailand rata-rata lebih pantas lariannya.

harap saya silap.

Pada minit 20 thailand main jahat bila seorang pemainnya dengan sengaja menyiku mat yo. nampak sangat sengajanya.

Pada minit 45, pengadil korea tunjuk jahat dengan memberi kad merah pada pemain Fadli Shas sedangkan dia berada dipihak yang tidak bersalah sebaliknya pemain thailand yg menyikunya terlebih dulu kemudian pemain thai itu berpura2 seolah2 dia yg jadi mangsa dgn meluru pada Fadli selepas menyiku. Pemain thai yg buat tackle kasar pada nurshahrul tidak pula dikenakan apa-apa tindakan. Tapi muka pengadil korea memang nampak benci kat Malaysia.

Rasanya pemain Thailand telah diarahkan oleh jurulatih mereka untuk membuat provokasi keatas Fadhli kerana mereka tahu Fadhli sudah ada 1 kad kuning. Inilah satu taktik jahat. Malaysia nak belajar atau tak taktik ni?

Lepas 5 minit separuh kedua aku dah tak selera nak tengok. Aku tak tahu macamana Malaysia nak score kalau cuma ada seorang striker di letakkan di depan. Dah tu, dia kalah larian, cuma harapkan kebolehan menggelecek sedangkan setiap masa dihimpit oleh 2 atau 3 pemain thailand. Tambah lagi tiada pemain Malaysia yang beri sokongan. Tu yang buat aku tukar stesen tv lain.

Akhirnya dari berita tengah malam aku dapat tahu kita tewas 2 gol.

Apa yg jurulatih dah latih? Taktikal saja tak cukup. Jurulatih macam tak nampak kekurangan yang ada pada kebolehan pemain. Kan nampak sangat pemain kita memang dari dulu tak larat nak main 90 minit. Dah tu tak pandai nak lekatkan bola dikaki. Itu tugas jurulatih samada cari pemain yg dah sedia ada nafas panjang dan pandai kawal bola, atau latih pemain supaya jadi macam tu.

Thursday, November 8, 2012

Premium insuran motor harus turun selepas perlaksanaan AES

Logiknya begitu. Perlaksanaan AES dipercayai dengan yakin oleh pemain industri pengangkutan bahawa ia boleh mengurangkan bilangan kemalangan. Olehkerana bilangan kemalangan menjadi faktor menentukan harga premium insuran (lebih banyak kemalangan lebih tinggi premium, dan sebaliknya), maka langkah-langkah menurunkan premium insuran motor harus bermula.

Wednesday, November 7, 2012

Contoh Melayu disepit oleh Cina untuk jual tanah

Berdasarkan cerita mulut orang ramai di kawasan Parit Sulong pada tahun ini.

Ada seorang pakcik menyewakan tanah kepada seorang Cina. Ada surat perjanjian. Si Cina kemudian membayar wang sewa setahun ke hadapan walaupun ini tidak diperlukan dalam perjanjian sewa. Nampak duit banyak, wang itu diterima oleh pakcik tadi. Pakcik tidak lama kemudian telah membelanjakan duit tersebut. Selepas beberapa bulan, si Cina menuntut semula baki bayaran sewa yang terawal dibayar itu. Pakcik dah tak ada duit untuk pulangkan duit itu. si Cina kemudian datang ke rumah pakcik itu bersama peguamnya. Entah apa yang dikatakan kepada pakcik itu, akhirnya pakcik itu terpaksa jual tanah yang disewakan itu kepada Cina penyewa tadi.

Sunday, September 23, 2012

Cerita pendek 1

Minah kini kembali ke pangkuan keluarga setelah hampir 5 tahun menghilangkan diri.

Dia masih mahu menyalahkan ibu bapanya. Dia kata pada ibunya :

Kenapa mak dan ayah tak pun cari Minah masa Minah lari dari rumah. Macam mak dan abah tak sayang Minah.

Mendengarkan itu, ibunya berkata :

Aku jaga kau sejak dari dalam perut hingga keluar ke dunia dan besar panjang. Itu pun kau tak dapat rasakan yang mak sayangkan kau. Kau tu yang ikutkan jiwa setan.

Minah tersedak mendengar kata2 ibunya itu seolah2 dia tersedar dari kesilapannya. Sedaknya hingga buat dia sesak nafas lalu tersungkur dan meninggal dengan segera.

Wednesday, September 12, 2012

Pelega Gout

1. Jagung.

2. Celery.

Disamping itu jangan makan makanan yang menggalakkan gout (Lain orang lain puncanya - kena ingat sendiri. Ada yang tak boleh minum teh, ada yang tak boleh minum kopi, milo dan sebagainya.) Tapi biasanya elakkan makan daging lembu, daging kambing, kekacang.

Thursday, August 30, 2012

UMNO harus mempromosi solat syukur

Jika benar atau jika UMNO percaya bahawa negara ini telah mencapai kemajuan dibawah pemerintahan BN maka UMNO harus mengetuai majlis-majlis solat kesyukuran di seluruh negara sebagai cara tidak lupa kepada Allah SWT atas rezeki yang dikurniakanNya. Ingatlah jika kita bersyukur nanti Allah akan menambah rezeki kita. Jangan jadi seperti Qarun yang menganggap kekayaannya adalah hasil usaha dan kepandaiannya semata-mata, akibatnya Allah menarik balik kekayaannya. Lagi pun, mungkin solat syukur lebih disukai oleh Allah dari solat hajat (?).

Sunday, August 26, 2012

Terma 'Raja Berperlembagaan' tidak ada dalam perlembagaan

Constitutional Monarchy adalah terma ciptaan orang-orang tertentu yang digunakan untuk tidak setuju dengan sistem yang ada. Memang biasa terma-terma dicipta untuk mempengaruhi orabg ramai yang mudah kagum dengan permainan bahasa.

Sunday, August 19, 2012

Dana untuk membeli harta bukan bumi yang dilelong

Orang Melayu perlukan satu dana yang berfungsi untuk membeli harta-harta milik bukan bumi yang dilelong, kemudian menjual harta itu kepada bumiputra dengan mengambil keuntungan yang sedikit sahaja. Cara ini akan sedikit sebanyak memulihkan tanah Melayu untuk kembali menjadi milik orang melayu.

Wednesday, August 15, 2012

Jangan Cakap "Tuhan Bayar Tunai"

Frasa seperti ini setingkali diungkapkan oleh sesetengah golongan bila dah marah sangat terhadap perbuatan seseorang. Sebaiknya hindari dari bercakap seperti ini kerana :

1. Ia berupa doa atau harapan semoga orang yang melampau perbuatannya itu dibalas dengan segera. Ini berentangan dgn ajaran agama Islam yg melarang umatnya berdoa minta Allah timpakan musibah kepada seseorang lain.

Tuesday, August 14, 2012

Berapa Peratus Tanah Dimiliki Bukan Bumiputra

Saya rasa ramai yang mahu tahu berapa peratus tanah di tanah melayu dimiliki oleh bukan bumiputra samada oleh individu atau korporat. Seperti ada sedikit misteri mengapa data ini tidak didedahkan atau minta didedahkan oleh pihak-pihak tertentu. Data mengenai peratus pegangan saham mudah diperolehi. Data lain seperti bilangan sekolah dan sebagainya mudah diperolehi. Di daerah muar kalau kita mengagak secara rambang boleh dikatakan pemilikan tanah oleh bukan bumi boleh dikatakan mencecah 60 peratus. Apakah sebenarnya tanah melayu ini bukan lagi 'tanah melayu' dan fakta ini disembunyikan? Bagaimana kalau bukan bumi menuntut pemerintahan negara berasaskan peratus pemilikan tanah, bukan berasakan undi seperti sekarang ini?

Tuesday, June 19, 2012

Persempadanan tanah : untuk UMNO tolong

pada masa ini banyak masalah persempadanan tanah dialami oleh pemilik2 tanah bumiputera dan tak dapat diselesaikan disebabkan kos juruukur yang tinggi. UMNO boleh mengambil peranan undtuk menubuhkan satu senarai juruukur yabg bersefia memberi diskaun hingga 50% dari kos biasa. keujudan senarai ini boleh menimbulkan situasi menang-menang bagi ketiga2 pihak terbabit.. Contoh masalah ialah sempasan ta

Konsep warganegara : ada ke dalam Islam?

Kalau tak silap saya, konsep warganegara tidak ada disebudalam Quran. Konsep ini direka oleh orang Barat dalam urusan dunia mereka dan ditiru oleh orang Islam. Selagi konsep ini tidak menyalahi syariat, tidak mengapa, tapi bila ia menyalahi syariat maka ia harus dibetulkan. Mesti ada orang yang berusaha untuk membetulkan. Contohnya kalau ada undang2 berkaitan kewarganeraan yang menyekat membeli tanah di india oleh kerajaan india jika bakal pembeli bukan warga india maka undang2 ini mesti didedahkan kesalahannya dan ditentang.

Monday, May 21, 2012

Negara kita bukan negara mendidik

Negara kita menuju kearah negara yang bukan mendidik tapi kearah negara Lu Fikirlah Sendiri. Orang2 yang dilantik menjadi pemimpin takut untuk mendidik rakyat yang sepatutnya dibawah pimpinannya.

Sunday, May 20, 2012

Ada tangan ghaib ... ?

Di Malaysia seperti ada tangan ghaib yang memberi arahan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi Melayu supaya mengikis hak Melayu dan Islam secara sistematik ...

Nik Aziz dan Hj Hadi lupa pada hadith ini

Hadith Qudsi no 12 Narrated / Authority Of: Abu Huraira I heard Allah's Messenger (PBUH) saying: There were two fraternal persons among the Children of Israel. One of them was engrossed in committing sins while the other was devoted to worship. The devotee used to see his fellow committing sin and advise him: Desist from doing so. One day when he found his fellow committing sin. He said to him: Avoid it. His fellow said: Leave me alone. Have you been sent out as a vigilant on me. The devotee said: By Allah, He will neither forgive you nor admit you to Paradise. When they died, they were gathered before the Lord of the worlds. Allah asked the devotee: Were you assured of knowing Me or were you having power over what was in My Hands? Then He said to the sinner: Go and enter Paradise by My Mercy; and ordered the angels about the devotee: Lead him to Hell. (This Hadith is sound and reported by Abu Da'ud in his Sunan). After narrating the Hadith, Abu Huraira commented: By Him in Whose Hand my soul is: One word spoken by the devotee ruined his good deeds in the world as well as in the Hereafter. *This Hadith signifies that no body should claim whether one would enter Paradise or step into Hell because the verdict here, is for Allah Who is All-Omnipotent over every thing, will decide whatever He likes. A righteous person is required to do good and avoid evil for the sake of Allah only and advise others with the same. He should not say such words as to challenge the authority of Allah. Moreover, it is wrong to feel desperate from the Mercy of Allah.* Hadith Qudsi no: 13 Narrated / Authority Of: Jundub that Allah's Messenger (PBUH) stated that a person said: By Allah! Allah will not forgive so-and-so (person). Thereupon Allah, the Exalted, remarked: Who is he who swears by Me (and says) that I will not forgive so-and-so (listen!) Verily I have forgiven so-and-so and nullified your deeds, or as the Messenger (PBUH) said. (This Had'ith is sound and reported by Muslim and also mentioned in Mu'jam At-Tabrani AI-Kab'ir). *This Hadith teaches us the politeness needed by a Muslim towards Allah (SWT) and that one should not involve himself in matters that are left for Allah (WT) to decide i.e. nobody can know who will go to Hell and who will enter Paradise.

Melayu/Bumiputera Malaysia makin hilang semangat persaudaraan Nusantara

Kerana mahukan sokongan orang India, beribu-ribu orang India yang tiada sijil kelahiran telah diberi kerakyatan, tetapi beribu-ribu bumiputera dari Nusantara mengalami masalah yang amat sulit untuk mendapat taraf warganegara.

Saturday, May 19, 2012

Mencium cincin menular pada pemain bolasepak

Budaya mencium cincin dijari bukan amalan dalam Islam. Ia adalah amalan dikalangan penganut Katolik iaitu seseorang yang dibenarkan mencium cincin di jari bishop dianggap teleh diberi penghormatan yang tinggi. Ramai pemain bolasepak beragama Katolik mencium cincin di jari sendiri selepas menjaringka ada beberapa pemain liga Malaysia yang kita anggapn gol sebagai tanda syukur kepada bishop mereka. Sekarang ada beberapa pemain liga Malaysia yang kita anggap beragama Islam telah kelihatan melakukan amalan ini. Contohnya ialah Mohd Gaddar dan seorang bekas pemain negara yang pendek gempal yg dulu pernah bermain di sebuah kelab di Perancis (tak ingat namanya).

Sunday, May 13, 2012

BERSIH yang perasan

Selepas demo bersih 28 April, kalau kita baca komen2 penyokong bersih di web seperti di G+, youtube dan fb, kita akan dapati mereka menganggap tindakan mereka adalah mewakili rakyat. Semasa mereka berdemo mereka melaungkan 'hidup hidup, hidup rakyat'. Saya hairan dari mana mereka boleh menjadi begitu perasan seolah-olah mereka mewakili mewakili rakyat, bila dan bagaimana mereka mendapat mandat untuk bertindak bagi pihak rakyat. Saya sebagai rakyat merasa sangat geram kerana saya tidak pernah memberi mandat kpd mereka untuk bertindak bagi pihak saya.

Kalau Hindu Jadi PM

Saya pernah bekerja disebuah syarikat asing tapi HR dan GM dipegang oleh orang Hindu. Mereka telah membuat polisi bahawa kantin tidak boleh menjual masakan dari daging lembu walaupun pekerja Hindu hanya 10 peratus dari keseluruhan pekerja. Dimasa bulan puasa pula pekerja Hindu ini selamba makan depan pekerja muslim. Tak dapat dibayangkan kalau Ambiga atau Karpal dan seumpamanya jadi PM, mungkin daging lembu tidak boleh dijual di Malaysia dan orang Islam tidak boleh korban lembu.

Wednesday, May 9, 2012

Demokrasi : Kebebasan Untuk Percaya Dan Tidak Percaya

Dalam sistem demokrasi, setiap orang ada kebebasan untuk percaya atau tidak percaya terhdp sesuatu. Orang yang percaya, dalam proses kepercayaannya tidak boleh mengambil tindakan yang menyusahkan orang yang tidak percaya, dan tidak boleh mengatakan orang yg tidak percaya itu bodoh. Begitu juga, orang yang tidak percaya, dalam proses ketidakpercayaannya tidak boleh mengambil tindakan yang menyusahkan orang yang percaya, dan tidak boleh mengatakan orang yg percaya itu bodoh. Ini sesuai dgn ajaran Islam yg menyatakan untukmu agamamu dan untukku agamaku. Dalam hal tindakan oleh Bersih, org yg percaya ada penipuan oleh SPR, tidak boleh memaksa orang yg tidak percaya supaya percaya kerana org yg tidak percaya jg ada asas mengapa mereka tidak percaya.

Saturday, April 28, 2012

Lawak TV3

Dalam segmen berita oleh TV3 jam 8 mlm, TV3 telah menghantar seorang wartawan Cina kafir untuk mengulas kegagalan MAIS membangunkan tanah wakaf yg diwakafkan oleh seorang pewakaf. Maka wartawan itu pun mulalah mengutuk dan menyalahkan MAIS. Lawaklah TV3 ni.

Friday, April 20, 2012

Kita Disuruh Membesarkan Allah

Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"

(Al-Israa' 17:111)

Kita membesarkan dan memuliakan Allah dalam segala aspek. Salah satu aspek ialah aspek bahasa dimana kita menggunakan perkataan yang berbeza bagi Allah, contohnya kepada manusia kita mengucapkan terima kasih tapi kepada Allah kita mengatakan Syukur. Bagaimanapun sejak akhir2 ini ada program tv yang menyebut 'terima kasih Allah'. Ini menjadikan Allah itu sama taraf seperti manusia, seperti anggapan kristian bahawa Tuhan itu menjadi manusia.

Tuesday, April 17, 2012

Kita umat Allah atau hamba Allah?

Dalam drama tv7 Bukan Untukku 17.4.2012 terdapat ucapan Memey yang menyebut Allah akan melindungi umatnya yang memohon kepadanya. Adakah ini disengajakan? Frasa ini merendahkan Allah ke tahap manusia seperti Jesus dalam pegangan kristian.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 17, 2012

Gaji RM700 untuk masak aje?

Sehari berapa kali masak? Lepas masak, tak payah hidangkan? Amah tukang hidang tu orang lain? Keje cuci pinggan lepas makan pun amah lain? Amboi betul2 mata duitan la Indon ni.

Friday, March 16, 2012

Menonton Cerita Kekejaman

Pukul 11 mlm, TV1 menayangkan cerita bagaimana menyiksa orang dgn mencucuk jarum ke bahagian2 badan. Apakah tidak ada org yg belajar darinya? Kemana TV1 dan kerajaan nak bawa penonton?

Monday, March 5, 2012

Gaji minima hendaklah lebih jauh tinggi dari belanja menyimpan banduan

Dikhabarkan kerajaan akan mengumumkan gaji minima sedikit masa lagi. harap-harap amaunnya hendaklah lebih tinggi dari amaun yang kerajaan belanjakan untuk menjaga seorang banduan. kalau tak silap, kerajaan membelanjakan amaun lebihkurang RM600 untuk seorang banduan dalam sebulan. bayangkan seorang banduan yang tak perlu menyewa rumah, tak perlu bayar tambang, tak perlu belanja minyak, tak perlu jaga anak, tak perlu beli baju, bayar insuran, road tax dan sebagainya boleh dapat RM600. Tak adillah kalau gaji minima rakyat malaysia yang bekerja untuk menambah ekonomi negara hanya dapat RM600. Amaun yang munasabah gaji minima ialah RM1,500.

Sunday, March 4, 2012

Betulkah Hudud Keatas Bukan Islam Juga?

Maknanya org kafir minum arak dan berzina dan mencuri akan dihukum bawah hudud? Tak silap saya Nabi pernah menyuruh menghukum seorang Yahudi mengikut hukuman dalam Taurat.

Saturday, March 3, 2012

Masalah Badan Sama, Nama Lain

Ramai waris-waris orang Melayu mengalami masalah disebabkan orang tua mereka dahulu mempunyai nama yg berbeza antara yg tertera di kad pengenalan dgn yg terdapat di dokumen lain contohnya geran tanah. Saya cadangkan agar UMNO mengumpul data waris2 yg mengalami masalah ini dan mencari jalan penyelesaian yg seragam. Kalau beribu2 orang India dapat diberi kewarganegaraan sebagai satu penyelesaian kpd masalah mereka, mengapa tidak org2 Melayu dibantu menyelesaikan masalah ini. Mungkin Dato Azreez boleh tolong tengokkan.

Sunday, February 26, 2012

Belum Mahir Alif Ba Ta Dah Disuruh Baca Arab

Murid darjah 1, belum kenal Alif Ba Ta, dah disuruh baca dan cakap Arab. Pelik sungguh dgn cara belajar sekarang. Cikgu taunya marah murid kalau murid tak tau baca Arab. Macamana murid nak tau, alif ba ta pun cikgu belum ajar. Senangnya keje cikgu, suruh murid tanya ibu bapa. Akhirnya murid dan ibubapa main belasah aje. Ibubapa pun bukan tau Arab. Sejak bila ibubapa mahir cakap arab. Cikgu pula kedekut ilmu, nak beritau murid satu ilmu pun cukup susah. Inilah silap sistem pelajaran, murid kecil pun dah tertakluk bawah sistem facilitating bukan teaching.

Wednesday, February 22, 2012

Harimau Muda lwn Jepun

1. Pemain msia tak pandai tampan bola. Bola mesti melantun agak jauh. Ini masalah lama. Jurulatih apa buat? Beza dgn pemain Jepun, bola ditampan sentiasa lekat dikaki.

2. Canguk, cuai. satu lg sikap pemain msia yg dh lama dipakai. Tak bole hilang ke ek?

3. Tamil Arasu, jgn ambil pemain ini lg. Tak nampak apa motif dia main bola. Rajin babi buta.

Gugurkan jurulatih ong kim swee kerana

1. Samada gagal memilih pemain.
2. Atau gagal membentuk pemain.
3. Atau gagal membentuk permainan.

Saintis kata 'by chance' ...

Dari : http://www.smh.com.au/technology/sci-tech/nanotransistor-breakthrough-to-offer-billion-times-faster-computer-20120220-1thqk.html SYDNEY :: scientists have built the world's tiniest transistor by precisely positioning a single phosphorus atom in a silicon crystal. The nano device is an important step in the development of quantum computers – super-powerful devices that will use the weird quantum properties of atoms to perform calculations billions of times faster than today's computers. Michelle Simmons, of the University of NSW, said single atom devices had only been made before by chance and their margin of error for placement of the atom was about 10 nanometres
Saints kata by chance. Sebagai orang Islam, kita kata itulah rahmat yang Allah beri pada manusia.

Saturday, February 18, 2012

Sumbangan Orang Cina Kpd Malaysia

Orang cina dpt memberi sumbangan kpd malaysia kerana org melayulah yg memberi peluang dan prasarana utk org cina berbuat demikian. Yg utamanya ialah dgn memberi kewarganegaraan kpd org cina. Peluang itu sampai ke peringkat hingga org cina lupa kpd fakta ini malah berani berkata bhw org melayu tidak menyumbang apa2 kpd kemajuan ekonomi negara. Pemimpin melayu generasi terkini juga mula angguk2 dengan pegangan org cina itu.

Bagaimana Muslim Memandang

Bagi muslim, semua isu di dunia ini adalah isu agama, sebab Islam itu lengkap dan meliputi. Bagi orang bukan Islam, sesuatu isu itu mungkin isu agama dan mungkin juga bukan isu agama (budaya). Ini kerana agama bukan islam itu tidak lengkap dan tidak meliputi. Apabila seorang wanita memakai baju, bagi muslim ia adalah isu agama (menutup aurat atau tidak). Tapi bagi bukan Islam, ia bukan isu agama tapi hanya isu budaya. Bagi muslim, ada yang lebih tinggi dari budaya, iaitu agama. Bagi non-muslim, budaya itu sama paras dengan agama. Ada pertembungan antara cara memandang sesuatu isu, antara cara muslim dan cara bukan muslim. Orang bukan Islam hampir langsung tidak memahami cara Muslim memahami kerana mereka tidak ada konsep 'agama itu lengkap'. Tapi orang Islam sedikit sebanyak boleh faham cara non muslim memahami sesuatu isu. Sekarang ini non muslim cuba menerapkan cara mereka memahami sesuatu isu keatas orang islam iaitu mereka mahu orang islam mengikut cara mereka memahami sesuatu isu. Apabila ada pemimpin Islam dipakaikan nandek oleh pendita hindu, ada org islam yg menganggap nandek itu budaya, sedangkan jelas nandek itu dipakai bagi membuktikan seorang hindu baru saja membuat ritual sembahyang. Jadi ada org islam yang sudah tertipu.

Wednesday, February 8, 2012

Kalau Shahrizat terlepas

Kalau kes NFCorp kira ok, maknanya confirm lepas ni tiap menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri, ketua kampong, guru besar dan lain-lain ketua organisasi boleh suruh suami atau isteri masing2 tubuh syarikat dan dapatkan kontrak dari organisasi dimana suami atau isteri itu bekerja.

Nama Muhammad Tapi Makan Rasuah

Dari 11 pemain bola yang dihukum gantung dari bermain seramai 6 orang mempunyai nama yang bermula dengan Muhd atau Mohd atau Muhammad. Sedihnya nama mulia tidak dijaga.

Wednesday, January 25, 2012

Hang Tuah dan Naga

Orang Cina mempersoalkan ketulinan kisah Hang Tuah. Ramai orang Melayu, termasuk para pemimpin Melayu, yang terhangguk-hangguk mengiyakan cakap-cakap orang Cina itu. Tapi orang Cina dan sebahagian Melayu itu tidak mempersoalkan ketulinan atau keujudan naga yang yang disambut secara besar-besaran saban tahun. Melayu tu, bodoh ke hape ?

Tuesday, January 17, 2012

Cadangan : wajibkan sesi agama keatas syarikat-syarikat

1. Sekarang ini, masalah aqidah dikalangan kakitangan muslim yang bertugas di syarikat-syarikat yang bukan muslim dan bercampur dengan kakitangan bukan muslim adalah agak menakutkan.

2. Saya sendiri tahu ada kenalan saya yang berkahwin dengan perempuan Sikh dan sekarang kerap berkunjung ke kuil Sikh.

3. Rata-rata, orang bukan muslim sudah berani untuk mendakwah orang-orang Islam bukan secara sengaja tapi melalui ucapan-ucapan dan perbuatan mereka. Maklumlah, apabila sudah rancak berbual, mereka akan tercakap tentang dasar-dasar dan pegangan dan pendapat-pendapat mereka.

4. Apabila kakitangan Islam didakwah sebegitu, siapakah yang menolog meeka ? Apakah pihak berkuasa agama atau muslim lain akan berkata 'itu dia punya pasal untuk pertahan aqidah dia' ?.

5. Saya sangat berharap agar ada undang-undang yang mewajibkan syarikat-syarikat samada yang dikuasai oleh muslim atau bukan muslim untuk mengadakan sesi belajar agama sekurang-kurangnya sejam dalam sebulan di premis mereka, dimana kakitangan muslim boleh diajar soal-soal aqidah dan lain-lain termasuk untuk bertanya hal-hal agama.

6. Harp-harap sesi itu bukan bercakap tentang sabar, poligami tapi hendaklah soal Tauhid. saya percaya, muslim yang kuat tauhidnya juga akan rajin bekerja dan syarikat juga akan mendapat rahmat dar Allah.

7. Bukan semua muslim dapat belajar agama dari muda lagi. Ada yang sambil lewa masa muda. Oleh itu pelajaran agama hendaklah berterusan. Pihak berkuasa agama hendaklah mengambil peranan, jangan hanya tahu mentadbir dan menghukum tapi tak berani nak berdakwah. Negara kta adalah Islam agama resminya. Tidak salah kalau kita memperkuatkan pengetahuan Islam dikalangan orang Islam. Negara telah menentukan tempoh masa muslim untuk bekerja memperkayakan negara, apa salahnya negara meluangkan masa untuk pekerja muslim belajar agama dalam waktu bekerja.

Sunday, January 15, 2012

"yang Baik dari Allah" vs ujian Allah

Kita tahu yang baik itu dari Allah dan yg buruk itu dari diri kita sendiri. Tapi apabila Allah mendatangkan ujian pd kita, ini bermakna Allah menimpakan suatu yg buruk pd kita. Seperti ada pertentangan. Ada sesiapa sudi jelaskan?

Friday, January 13, 2012

Jangan pernah kata "Aku memperjuangkan Islam"

1. Dalam Quran ada ayat yang menegah orang Islam berkata kita ini memperjuangkan Islam kerana sebenarnya kita bejuang untuk diri sendiri. 2. (Aku akan cuba ingat semula dimana ayat itu - maklumlah orang biasa, tak kuat ingatan). 3. Islam tidak perlu diperjuangkan kerana Allah yang menjaga Islam. 4. Dari ayat itu, tidaklah wajar kita menamakan organisasi kita satu organisasi yang memperjuangkan Islam. Lebih wajar kita menamakan organsasi kita satu organisasi yang memperjuangkan nasib kita. Sebagai muslim, kita memperjuangkan nasib kita, bagaimana kita mahu mengamalkan Islam dengan lebih sempurna dan kurangkan halangan-halangan untuk kita melaksanakan dan menambah keimanan kita terhadap Islam.

Monday, January 9, 2012

901 = January 9 = Surah 9 Ayat 1 = At Taubah Ayat 1

"(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka)." 901 dipilih sebagai tarikh keputusan bicara DSAI. kain-kain rentang sebelumnya telah dibuat yang membesarkan tarikh ini. Apakah satu kebetulan buat DSAI supaya membaca surah At-taubah ?

Saturday, January 7, 2012

Anwar kalau bercakap bagaikan nyanyian merdu

Anwar kalau bercakap memang sedap didengar, mengasyikkan, kalah lenggok suara Siti Norhaliza. Tapi tulah saja kepandaian Anwar, iaitu bercakap. Dari segi melaksanakan sesuatu, hancur. Aku masih ingat masa Anwar dilantik jadi Menteri Pertanian dulu. Rata-rata orang kampung naik semangat bila Anwar jadi Menteri Pertanian sebab mengharapkan adanya revolusi pertanian dan dasar-dasar baru pertanian yang mendatangkan faedah banyak kepada orang kampung dan petani, sesuai dengan aura kepetahannya bercakap. Tapi, selepas hampir setahun jadi Menteri, tak ada satu pun yang nampak ada kesan besar kepada petani. Seolah-olah Anwar cuma duduk dikerusi Menteri dan laksanakan dasar yang sedia ada, tiada pembaharuan, tiada reformasi. Akhirnya selepas 2 tahun, semangat orang kampung pun hilang. Anwar dilantik jadi Menteri lain. Orang kampung dah tak kisah Anwar ada atau tak ada. Cuma itulah kekuatan Anwar, petah bercakap. Adakah nama Anwar ada dicatatkan dimana-mana institusi berkaitan pertanian ? Tak ada. Ada orang tanam pokok dan beri nama Anwar ? tak ada. Tak ada jasa cemerlang Anwar yang boleh direkodkan untuk tatapan generasi anak petani di masa depan.

Monday, January 2, 2012

Jari telunjuk bergerak-gerak

... tanda nak hilang sebahagian punca rezeki ? Beberapa hari lepas berlaku berturut-turut selama beberapa hari. Bila ia berhenti, penyewa rumah saya kata dia tak menyewa lagi mulai semalam. Wallahua'lam.