Wednesday, December 17, 2014

Piala AFF : Malaysia Lwn Thailand

Menyerlahkan 2 perkara : 1. Fadhli Sas mempunyai larian kurang laju, sering tewas dengan penyerang Thai menyebabkan dia sering buat tackle lambat. Ini membahayakan. 2. Safee Sali terus lembab. Pemain ini gaya je lebih tapi kurang work-rate.

DAP sahkan UMNO laksanakan pengislaman

DAP sahkan yang UMNO sedikit demi sedikit menerapkan undang-undang dan tatacara Islam dalam negara. Berita pada 4 Dis 2014 : DAP warns of creeping Islamisation, sounds call to keep Constitution ‘secular’ SUBANG JAYA, Dec 4 — Claiming of a covert attempt by the Malaysian authorities to introduce more Islamic laws, DAP acting national chairman Tan Kok Wai today urged... my.news.yahoo.com

Tidak guna akal

SyedsOutsideTheBox terlalu mudah men'generalise'kan bahawa menurut beliau orang islam menganggap diri mereka tidak perlu mengguna akal dalam semua perkara. Kasihan SyedsOutsideTheBox gagal memahami fikiran sesama muslim lain. Bagi beliau semua perkara mesti boleh difikir menggunakan akal dan tak ada perkara yang tidak boleh difikir dengan akal. Sedangkan ada perkara yang akal mampu fikirkan dan ada perkara yang akal tidak/belum mampu fikirkan. Rasanya beliau penyembah akal.

Friday, November 28, 2014

Apa yang mungkin Najib dan KJ dinasihatkan melalui panggilan itu ...

Mungkin pemanggil itu menasihatkan : Nampaknya belum boleh. Sekarang ikut arus dulu. Tunggu 2 atau 3 bulan lagi bila mereka akan lupa dan sebok dengan tugas harian. Pada masa itu kita boleh mula lagi.

Monday, November 10, 2014

Truely great malaysian

a truely great malaysian is when a malay follows an an indian or chinese way, but not the other way.

Sunday, November 9, 2014

Rayuan ke Mahkamah Persekutuan

MAINS masih ada peluang untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Saturday, November 8, 2014

Boleh diskriminasi

Perlembagaan Persekutuan

Kesamarataan

8.
(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang- undang.

(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara .......


Komen :

Alasan mahkamah rayuan ialah perlembagaan tidak boleh mendiskriminasi keatas gender pondan yang memakai pakaian perempuan. Tapi para hakim mungkin tidak terbaca artikel 8(2). Artikel itu jelas menyatakan jika sesuatu diskriminasi dengan jelas dibenarkan oleh perlembagaan, maka diskriminasi itu boleh dilakukan.

Contoh diskriminasi yang dibenarkan ialah kerajaan negeri boleh menggubal undang-undang yang menghukum orang Islam (sahaja) yang melakukan perbuatan bertentangan dengan perintah agama Islam. Lihat berikut :

Jadual 9 Senarai 2 (Senarai Negeri)

Kerajaan Negeri di beri hak bagi .... "pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan."

Komen :

Senarai Persekutuan tidak menyatakan hal berkaitan hukuman keatas orang Islam yang melakukan kesalahan terhadap perintah agama Islam.

Dengan itu kerajaan Negeri Sembilan berhak mewujudkan undang-undang yang menghukum orang Islam yang melakukan kesalahan terhadap perintah dalam agama Islam.

Sah Malaysia bukan negara Islam ?

Bukti : Laki-laki sah dari segi undang-undang boleh berpakaian seperti perempuan.

Malaysia negara Islam hanya retorik.

Laki-laki boleh berpakaian seperti perempuan

laki-laki boleh berpakaian seperti perempuan. alasannnya kebebasan individu, atau penyakit psiaktrik. tak tahu yg mana alasan yg sebetulnya. kalau kebebasan, tentu ada akta yg menyekat kebebasan mutlak. contoh tak boleh berbogel tepi pantai. kalau penyakit, kenapa tak ditangkap masukkan hospital (yg sesuai). knp orang berpenyakit dibiarkan berkeliaran di kawasan awam. kalau belum ada ubat, letakkan lah dihospital, macam penyakit aids sebelum ada ubatnya dulu.

Had kuasa Mahkamah kehakiman

Perlembagaan Persekutuan

Artikel 121(1A)

Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) (Mahkamah Tinggi) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.

Komen :

Apabila Mahkamah Tinggi mengadili perkara yang ada dalam bidangkuasa mahkamah Syariah, dengan sendirinya hak yang diadili itu gugur dan tidak ujud keperkuan untuk dibawa ke mahjamah rayuan apatah lagi ke mahkamah persejutuan.

Hakim tidak faham 'jenayah syariah' dengan 'jenayah sivil' ?

.... mungkinkah, sebab itu disebut oleh hakim mahkamah rayuan bahawa laki-laki berpakaian perempuan bukan kesalahan 'jenayah' tanpa menyebut ia 'jenayah syariah' atau 'jenayah sivil'. Mungkin dapat dimaklumi hakim mahkamah rayuan (sivil) tidak diwajibkan faham tentang hukum syariah.

Hak Negeri membuat undang-undang bagi orang Islam

Perlembagaan Persekutuan

Jadual 9 Senarai 2 (Senarai Negeri)

Kerajaan Negeri di beri hak bagi .... "pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan."

Komen :

Senarai Persekutuan tidak menyatakan hal berkaitan hukuman keatas orang Islam yang melakukan kesalahan terhadap perintah agama Islam.

Dengan itu kerajaan Negeri Sembilan berhak mewujudkan undang-undang yang menghukum orang Islam yang melakukan kesalahan terhadap perintah dalam agama Islam.

Mengawal pengembangan agama lain terhadap orang Islam

Perlembagaan Persekutuan

Artikel 11(4)

Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang- undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Komen : Pengawalan terhadap penggunaan kalimah Allah merupakan salah satu cara mengawal pengembangan doktrin agama lain terhadap orang Islam.

Friday, October 31, 2014

Akhir Piala Malaysia : JDT jangan turunkan dua pemain ini

JDT harap jangan turunkan 2 pemain iaitu Safee Sali dan Nurshahrul Idlan. Lemas tengok permainan mereka ini, gelecek banyak tapi kerap jatuh. Gelecek jatuh, gelecek jatuh. Mengganggu rentak permainan. Sebagai penonton, tak gemar langsung.

Sunday, October 26, 2014

Berapa peratus pinjaman perbankan kepada bukan Melayu ?

Kita diberitahu, orang Melayu hanya memiliki 20 peratus tanah di Semenanjung. Kita juga berminat untuk tahu berapa amaun dan peratus pinjaman perbankan kepada Melayu dan bukan Melayu (pinjaman kenderaan, perumahan, hartanah, saham dll). Harap ada yg bertanya di Parlimen.

Sync antara ftp dengan local folder

Android masih belum mampu untuk lakukan sync antara gadget Note 3 dengan ftp site. Tapi dengan mudah sync antara ftp site folder dengan folder di windows tablet (Acer Iconia W4). Harga Note 3 sekitar rm2300 tapi W4 hanya rm1099.

Friday, October 24, 2014

Syaitan dan anjing

Antara syaitan dan anjing, mana lebih teruk ? Dalam Quran ada disebut syaitan musuh yang nyata. Tapi ramai ulamak yang berpendapat berkawan dengan syaitan sangat dibolehkan demi mencapai cita-cita satu kumpulan. Anjing tidak disebut sebagai musuh, cuma najis. Najis ada cara untuk disucikan. Musuh yg nyata tidak boleh disucikan tapi hendaklah dihapuskan terus. Tu sebab ramai yg keliru, kalau boleh kawan dgn syaitan, apa salahnya berkawan dengan anjing.

UTC : Lagu je berdegar2, tapi mana dia ?

...

Monday, June 9, 2014

Cina tamak selalu untung

Peribahasa Melayu ada menyebut 'orang tamak selalu rugi' tapi sekarang di Malaysia 'Cina tamak selalu untung'.

Tuesday, May 20, 2014

Mah calon bn prk teluk intan

tengok calon bn dari gerakan tu laki-laki tapi rambut blonde mcm gaya gay. tak selera tengok. mah pernah jadi mp kawasan itu selama 2 penggal tapi kemudian ditolak pengundi. masih nak dicalonkan juga ? macam tak ada orang lain. dah jelas pengundi dah tak mau dia.

Monday, May 19, 2014

PRK Teluk Intan - Melayu harus undi Dyana

1. Dia masih muda, ada peluang untuk berpatah balik. Kalau calum MCA tu nak patah balik ke mana ? 2. Apa untung undi calun mca ? Dia sebagai cina tetap bersepadu dgn dap untuk memperkuat agenda cina. 3. Kalau Dyana menang, dimasa depan dia akan berhadapan dgn isu kritikal yg dpt menentukan sebenar-benarnya samada dia anti-melayu. Kalau pilih mca, memang dah jelas kemana objektifnya. 4. Harap2 ada isu yg menyebabkan Dyana berpaling tadah. Biar dap tak percaya pada melayu.

Sunday, May 18, 2014

MAS : habis madu sepah dibuang

MAS dahulu sebagai sebuah GLC tentu tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai entiti commercial. Tapi apabila ia mengalami masalah,kerajaan enggan membantu malah dicadangkan supaya dibankrupkan sedangkan kerajaan sendiri berperanan menyebabkan masalah dalam MAS.

Tuesday, April 8, 2014

Perkhidmatan bomba yang boleh diperbaiki

Pemerhatian semasa peristiwa kebakaran kebun di Muar :

1. Bomba suruh orang kampong buat kolam sendiri. Ini menunjukkan pihak bomba hanya tahu 'menggunakan' sumber air yang sudah sedia ada tetapi tidak tahu 'membuat' atau 'mencipta' sumber air. Sebagai sebuah badan professional, kekurangan kebolehan seperti ini sangat menjolok mata. Seharusnya pihak bomba mempunyai peralatan untuk membina sumber air, contohnya menggali perigi sementara.

2. Bomba tidak ada tiub salur yang pelbagai saiz. Tidak semua kebakaran memerlukan tiub saiz besar yang lekat pada badan lori bomba. Sekarang terdapat sistem dimana mesin penyedut air boleh diangkat dengan tangan untuk dibawa masuk ke kawasan kebakaran yang jauh dari kedudukan lori bomba. Pihak bomba seharusnya mempunyai sistem seperti ini.

3. Bomba tidak ada kenderaan yang pelbagai saiz. Sekarang ini jika pihak bomba tidak dapat masuk ke sesatu kawasan kerana lori bomba tidak boleh masuk disebabkan saiznya, maka begitulah saja kedudukannya. Seharusnya pihak bomba sebagai badan professional mempunyai kenderaan yang lebih kecil untuk mudah sampai ke kawasan yang lebih jauh.

Monday, April 7, 2014

Antara windows dan Android

Rasanya Windows lebih bertenaga dari Android walaupun Android lebih mahal. Contohnya peranti Windows yang berharga RM1,099 dengan RAM 2 GB (Acer Iconia W4) dapat diguna untuk mengedit blog di Blogger tanpa masalah sedikit pun tapi Android berharga RM1,500 dengan RAM 2GB (Note 2) terkial-kial untuk membuka editan blog di Blogger.

Thursday, February 20, 2014

Kasim Ahmad : Pendapat dia

"Tiap-tiap generasi diperintah oleh Tuhan mengkaji semula ajaran-ajaran pemimpin mereka yang terdahulu; yang betul diterima dan diteruskan, yang salah ditolak." Dari mana dia dapat 'perintah' berkenaan ?

 =====
kata Kassim Ahmad tentang bertudung : "Menutup rambut dengan bertudung bermakna udara bersih tidak dapat memasuki rambut. Dengan itu rambut menjadi busuk. Dengan lain perkataan, ia tidak sihat."

Pelik dengan pandangan dia ni. Kalau dia tu menutup badan dengan baju, bermakna udara bersih tidak dapat memasuki badan dia. Dengan itu badan dia menjadi busuk.

====

Kata dia :

"Rasul akan berkata:  ‘Tuanku, umatku telah membelakangkan Quran ini."


Dia kata Rasul menggunakan perkataan Tuanku, bukan Tuhanku bila berdoa kepada Allah SWT.

=====

Dalam teks ucapan dia dalam Seminar, dia tidak pernah menyebut Allah, tetapi hanya menyebut Tuhan, seolah-olah bagi beliau Allah itu diterjemah sebagai Tuhan.

=====

Kata dia :

"Quran itu mesti ditafsirkan semula oleh generasi yang mendatang, mewarisi tafsiran yang betul dan menolak tafsiran yang silap daripada generasi yang terdahulu."


Tapi dia tidak ada pun menyebut apakah tafsiran yang dia rasa salah dan apakah tafsiran yang betulnya.

======

Friday, February 7, 2014

Serangan minda keatas Melayu

Sekarang ini kalau kita berada di internet, kita dapati semakin kerap bangsa Melayu dikutuk, dicaci dan dihina oleh kaum lain di Malaysia ini terutamanya oleh kaum Cina (yang kononnya mereka bangsa lebih agung), dan terdapat banyak juga oleh orang Melayu sendiri (yang kononnya moden). Lawati saja di blog-blog, forum-forum dan laman sesawang.

Kutukan, hinaan dan cacian itu berpusar pada isu bahawa orang Melayu tidak maju, bahasa Melayu tidak global (isu orang Melayu malas sekarang sudah jarang kedengaran).

Pengutuk, pencaci dan penghina itu membandingkan pencapaian orang Melayu dengan pecapaian orang Barat dan orang Cina (samada Cina di Tanah Besar Cina atau Cina di Malaysia dan Singapura).

Rasanya, orang Melayu di Malaysia tidak perlu marah kerana nampak sangat kebodohan si pencaci itu.

Sebabnya mudah saja :

1. Faktor bilangan penduduk : bilangan orang Melayu hanya sekitar 10 juta orang, dibandingkan dengan orang Barat di Eropah dan benua Amerika yang berjumlah sekitar 500 juta, dan orang Cina hampir 1.4 Billion.

2. Faktor sejarah : Orang Melayu baru saja bebas merdeka pada 1957 sedangkan orang Barat tidak pernah dijajah, dan orang Cina hanya sebahagian kecil saja tanah mereka di jajah dahulu.

Thursday, January 23, 2014

Chinese New Year - racism

Chinese New Year celebration is a racist celebration because it is based on race. It should be banned. No other race in the world has a celebration bases on race except the Chinese.