Thursday, December 23, 2010

Mencedera diri sendiri untuk hapus dosa ?

B O D O H !

Apa agaknya spin yang digunakan hingga perbuatan jelas bodoh ini menjadi macam betul ?

Gay kata mereka hanya "mengenali diri"

Mamat Melayu yang mengaku diri gay menggunakan alasan telah mengenali diri seorang gay oleh itu tak salah berbuat apa yang dirinya terjadi.

Boleh pakai ke alasan "Mengenali diri " ?

Kalau seorang suka mengumpat, boleh ke dia terus mengumpat kerana itu memang jati dirinya ?

Kalau seorang pemimpin suka menganiaya rakyat, tak salah ke dia terus buat begitu kerana memang jati dirinya begitu ?

Sunday, December 19, 2010

Gugurkan Amri Yahyah

1. Gabrah bila dapat bola - tak boleh kawal bola.
2. Larian tak ada kelajuan - senang dipintas pertahanan lawan.
3. Cuma harapkan tandukannnya tu saja.
4. Tidak suka buat gerakan solo yang cuba menggugat pertahanan lawan.

cari orang yg kental macam Mokhtar dahari atau sekurang-kurangnya macam Mohd sabri sabli seorang lagi.

Sunday, December 12, 2010

Nak jadi guru kena ada lesen ?

1. Diploma dan ijazah Pendidikan tak cukup ke ?

2. Senangnya nak cari duit .... kenakan lesen

Hudud : PAS hanya pandai menuduh

PAS sering berkata orang tak faham Hudud tapi tak nampak pun usaha PAS untuk menerangkan tentang Hudud. Setidak-tidaknya ada sebuah buku yang memberi penerangan. Lagi pun, hudud hanyalah satu aspek dalam Islam, banyak lagi isu yang PAS mesti tangani tapi frameworknya tidak ada, PAS ni suka bercakap tapi malas atau tak tahu nak membuat kerja.

Friday, December 10, 2010

Keuntungan melampau

1. Jual beras untung cuma 5 peratus. Kalau untung sampai 50 peratus dianggap melampau.

2. Buat kereta, kemudian jual sampai untung 50 peratus. Tak pulak dianggap melampau.

3. Buat rumah, kemudian jual sampai untung 100 peratus. Pun tak dianggap melampau.

Kesimpulan : Melampau itu bergantung kepada siapa anda. Kalau anda orang kecil, untung anda mesti kecil. Kalau anda orang besar, boleh untung besar.

Thursday, December 9, 2010

Pemimpin Melayu penjahanam harta Melayu

Sumberasal : http://www.malaysiawaves.com/2010/12/fakta-pengkhianatan-umno-terhadap.html

Umno penjahanam tanah orang Melayu;

1) 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

2) 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

3) 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

4) Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

5) 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

6)Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

7) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

8) 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

9) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

10) Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

11) 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

12) Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

13) Kampung Chubadak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

14) Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

15) Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.SETUJU????

Sunday, November 28, 2010

Strategi tidak menghalalkan cara

Dalam sejarah Rasulullah, tidak pernah Baginda cuba mendapatkan sokongan orang bukan Islam dengan alasan untuk menegakkan syiar Islam, walaupun pengikut Baginda sangat sedikit dalam satu masa. Baginda terus berterus terang kepada orang kafir bahawa baginda mahu menegakkan kebenaran tauhid, samada orang kafir sokong atau tidak.

Saturday, November 27, 2010

Gejala sosial : Pandangan Islam dan bukan Islam berbeza

Bagi Islam, berzina samada pakai kondom atau tak adalah tetap berdosa besar.

Bagi bukan Islam, berzina kalau pakai kondom bukanlah satu kesalahan. Dalam ceramah oleh bukan Islam, dinyatakan 'kalau anda melakukan senggama, pakailah kondom'. Tidak disebut larangan berzina. Malah seolah-olah digalakkan pula.

Kerana adanya perbezaan ini, negara harus ada satu dasar moral negara.

Tuhan bukanlah membalas

1. Kita secara longgar sering berkata Tuhan 'membalas'. Contohnya kalau ada sesuatu keburukan berlaku pada seseorang yang telah berbuat kejahatan, kita akan berkata itulah balasan Tuhan.

2. Sebenarnya kalau kita browse Quran, kita akan dapati tidak ada ayat yang mengatakan Tuhan membalas perbuatan jahat seseorang. Istilah yang paling hampir ialah 'menghukum' atau 'mengingatkan'. Begitu juga dalam hadith-hadith, belum pernah terdengar ustaz-ustaz berkata yang Tuhan membalas perbuatan jahat seseorang.

3. Jika Tuhan bersifat 'pembalas', ini bererti Tuhan itu pendendam, sedangkan sifat pendendam bukanlah sifat Tuhan. Maha suci Tuhan dari bersifat pendendam.

4. Sifat Tuhan ialah memberi peringatan dan menjatuhkan hukuman. Tentulah berbeza antara 'balas' dengan 'hukuman'.

Wednesday, November 24, 2010

Dasar Moral Negara

Negara kita harus ada satu Dasar Moral Negara.

Orang India suka ke klinik ?

Kalau kita ke klinik atau hospital di Klang atau Shah Alam, dari pandangan kasar, kita akan dapati bilangan orang India yang mendapat rawatan sangat ramai, sehingga mencecah 40 % dari orang yang mahu mendapatkan rawatan, seolah-olah mereka kaum majoriti di negara ini. Saya bandingkan dengan klinik di kampong saya yang kadang-kadang sunyi kerana tiada orang yang datang mendapatkan rawatan.

Yang saya ingat tentang Tun Dr Mahathir

Yang baik :

1. Menggalakkan orang Melayu berniaga. Hasilnya sekarang ini ramai orang Melayu yang berniaga.

2. Menjadikan Malaysia sebuah negara Industri.

3. Memecat Anwar Ibrahim.

Yang tak baik

1. Mengikis kuasa Raja dan Sultan melalui pindaan Perlembagaan. Kerana salahlaku seorang Sultan saja, habis semua raja dan orang Melayu dipalitkan.

2. Dihujung pentadbirannya, kisah-kisah orang kafir masuk Islam tidak lagi tersiar di akhbar-akhbar. Tidak tahu samada ini ada arahan atau kebetulan.

3. Meminda Kanun Tanah Negara yang membenarkan tanah milik rakyat diambilalih oleh negara. Ini rata-rata melibatkan tanah milik orang Melayu.

.

Monday, October 25, 2010

"One child per family" policy extended to Tanah Melayu Chinese

Rumour has it that the policy of "one-child per family" is to be extended to Tanah Melayu Chinese. The Tanah Melayu Chinese who always look at China for their inspiration would fully agreed with the suggestion.  

Friday, October 22, 2010

Ucapan Najib : Kunci sedang diketatkan, oleh itu ...

Ucapan najib di perhimpunan UMNO bagaikan sedang mengetatkan kunci hak Melayu supaya lebih kuat dan teguh. Diharap usaha ini diteruskan oleh pemimpin-pemimpin UMNO akan datang dan tidak ada usaha-usaha mengendurkannnya seperti yang dilakukan oleh Dolah Badawi ...

Thursday, October 21, 2010

KJ mengakui Melayu berpecah, oleh itu ...

KJ menyatakan bahawa hanya ada 70 kerusi majoriti Melayu, dan orang Melayu pula berpecah hingga ke takat 50:50, oleh itu dia mahu mendapatkan sokongan pengundi Cina dan India.

1. Lembiknya orang  ini. Inilah orang yang hanya tahu berfikir menggunakan otak, tapi tidak ada jiwa.

2. Kenapa dia tidak berusaha untuk menyatupadukan semula Melayu ? Apakah beliau fikir orang Melayu tidak boleh nak bersatu semula ?

3. Apakah dia fikir dia mahu dapatkan undi bukan Melayu 100 % ? Tidakkah dia sedar bahawa orang Melayu akan hanya diperalatkan oleh orang Cina/India.

4. Dalam usaha mendapatkan undi Cina, mengapa dia menyuruh orang Melayu memberi hak-hak pada orang Cina/India ? Mengapa dia tidak pula menyuruh orang Cina/India supaya menerima hak-hak orang Melayu ? Mamak bangang.

5. Orang Cina/India pun nampak berpecah juga, tapi tidak pula pemimpin Cina mengaku bahawa orang Cina/India berpecah lalu berusaha untuk menarik undi Melayu.

6. Dalam usaha mendapatkan undi Cina, adakah tidak nanti akan kehilangan undi Melayu pula ? oh, sebab itu dia memujuk Melayu supaya menerima orang Cina. Orang Melayu yang digadaikannya.

Tuesday, October 19, 2010

Pemimpin UMNO sudah tidak berjuang untuk kaum Melayu ?

Sejak beberapa hari ini, apa yang terdengar diucapkan oleh pemimpin tertinggi UMNO di tv ialah mengenai survival parti. nampaknya seolah-olah jurus perjuangan UMNO ialah survival parti, bukan lagi orang Melayu. Pemimpin UMNO seolah-olah sudah mengakui bahawa orang Melayu sudah berpecah dan tidak lagi menjadi asas bagi UMNO untuk berjuang mewakili orang Melayu. Seolah-olah pemimpin UMNO berkata terpulanglah pada orang Melayu samada mahu menyokong UMNo atau parti lain. Pemimpin UMNO hanya berminat untuk cara mempertahankan parti, bukan orang Melayu. Apakah zaman Dato Onn akan berulang, dimana terdapat segolongan orang Melayu yang tidak berjuang untuk bangsa tapi untuk parti ?

Sunday, October 17, 2010

'Pendatang' itu berasaskan kaum, bukan individu

1. Istilah Pribumi itu ialah istilah Melayu, diucapkan oleh orang Melayu, yang tinggal di gugusan kepulauan Melayu, dimana gugusan kepulauan Melayu adalah tanah milik mereka, dan Melayu (dari pelbagai suku dan puak) adalah penduduk asal gugusan kepulauan Melayu.

2. Istilah Pendatang juga adalah istilah Melayu, lawan bagi istilah Pribumi dimaksudkan kepada kaum yang bukan penduduk asal gugusan Kepulauan Melayu yang datang ke rantau Kepulauan Melayu. 

3. Orang Melayu menganggap kaum bukan Melayu 'datang' ke Tanah Melayu, sebab itu orang bukan Melayu dipanggil 'Pendatang'.

4. Orang bukan Melayu dianggap 'datang' ke tanah Melayu kerana mereka sudah ada 'rumah' sendiri, ada tanahair mereka 'sendiri', samada di India atau Cina.

5. Orang Melayu juga akan dianggap 'datang' ke benua Cina atau India dan akan dipanggil Pendatang jika datang ke Cina atau India. Malah orang Cina dan India di benua Cina dan India lebih kuat sikap protective mereka terhadap kedatangan kaum asing. Kalaulah sikap 'kaum' itu tidak ujud dalam jiwa manusia, tentulah orang British dan 'penjajah' tidak dipanggil dengan panggilan 'penjajah' tapi diterima dengan baik oleh penduduk asal India, Cina dan kepulauan Melayu.

6. Istilah Pendatang adalah cetusan rasa penduduk pribumi terhadap kaum yang 'datang'. Secara teknikalnya, ia adalah cara Pribumi untuk membezakan diri mereka sebagai Pribumi dan mengenal, mengakui dan mengawal hak mereka yang berbeza dari kaum yang 'datang'.

7. Istilah Warganegara (Citizenship) adalah konsep ciptaan penjajah untuk mengkesampingkan istilah Pribumi/ Pendatang supaya dengan cara itu orang pendatang seolah-olah diberi sesuatu hak. Sebab itu dalam perlembagaan, dinyatakan secara khusus hak-hak sebagai warganegara. Perlembagaan itu adalah bagi maksud Kewarganegaraan, bukan bagi maksud Kepribumian. Hak-hak Pribuni tidak diperlembagakan atau dituliskan dimana-mana kerana ia ujud dalam jiwaraga Pribumi itu sendiri. Jika jiwa Pribumi sudah hilang perasaan kepribumian, maka dia tak akan mempertahankan haknya kerana dia sudah tidak tahu bahawa dia sebenarnya ada hak sebagai Pribumi. Bagi orang yang sudah tidak ada rasa kepribumian, haknya adalah berdasarkan Perlembagaan, iaitu sesuatu konsep dokumen yang di cipta oleh kaum lain.

8. Hak kaum Pendatang tidak sama dengan hak Pribumi. Hak Pribumi lebih luas dan meliputi dan tidak boleh ditarikbalik. Hak Pribumi lebih tinggi dari hak Warganegara. Hak warganegara boleh ditarikbalik. Hak warganegara diberi berdasarkan individu, bukan berasaskan kaum, tapi hak Pribumi adalah berasaskan kaum yang asal menduduki sesuatu kawasan itu. 

9. Orang bukan Melayu yang ada di tanah Melayu sendiri mengaku bahawa walaupun mereka lahir di tanah Melayu, tapi ibubapa atau datuk nenek mereka 'datang' bersusahpayah ke Tanah Melayu dari tanahair mereka di India atau Cina untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Mereka mengaku telah dapat kehidupan yang lebih baik di tanah Melayu dan tidak akan balik ke kawasan asal kaum mereka di India atau Cina. (Cuba lihat satu video pengakuan oleh seorang peguam India di laman web bar Council). Sebenarnya inilah sikap kaum Pendatang, tujuan utama mereka ialah 'kesenangan' hidup. Kalaulah tanah Melayu ini adalah 'neraka' bagi mereka, maka mereka akan berhijrah ke kawasan lain.

10. Olehkerana konsep warganegara adalah ciptaan penjajah, maka sepatutnya penerimaannya tidak disokong seratus peratus oleh kaum Pribumi. Kaum Pribumi hendaklah seboleh-bolehnya mendapatkan semula haknya sebagai Pribumi yang telah dikikis oleh penjajah dengan menjuruskan hak warganegara itu kearah menghormati dan melindungi serta mendapatkan semula hak penuh kaum Pribumi.

11. Konsep Pribumi hendaklah diperkuatkan diminda orang-orang Melayu. 

Saturday, October 16, 2010

'High-Income Nation' atau 'High-Income Society' ?

Mana satu sebenarnya ? Kalau kita baca suratkhabar, kadang-kadang disebut 'High-Income Nation', kadang-kadang 'High-Income Society'. Ada perbezaan yang besar dan kesan yang besar antara keduanya. Harap Najib tidak berselindung disebalik kesamaran ini. Harap juga dia tak samar-samar dengan apa sebenarnya perancangan beliau. Kesan High-Income Nation ialah negara yang berpendapatan tinggi dimana ini boleh dihasilkan melalui konsentrasi produksi pada segelintir orang, tapi rakyat jelata tidak dapat menikmatinya. Sebuah 'High-Income society' bermakna rakyat jelata yang akan menerima pendapatan tinggi, walaupun tidak bermakna negara akan berpendapatan tinggi. 

Wednesday, October 13, 2010

Cina dan India kutuk tak marah, tapi kena ejek sanggup gaduh

Ni, pasal penyokong Selangor main baling-baling benda, lepas main ejek-ejek. Kena ejek dgn sesama Melayu dah tak tahan, sampai baling botol, kerusi, air kencing. Tapi bila Cina dan India kutuk Melayu, tak pulak marah sampai macam tu. Pelik. Kegagalan dakwah Islam, kegagalan Assobiyah.  

Doa untuk Ibrahim Ali

Saya berdoa semoga Allah memberi Ibrahim Ali umur yang panjang, rezeki yang bertambah, kesihatan yang berpanjangan, keselamatan yang berterusan dan diberi kekuatan fikiran dan jiwa dalam berjuang mempertahankan hak orang Melayu Islam. Sesungguhnya hak yang diperolehi adalah kurniaan Allah maka wajiblah kita mempertahankannya. Mempertahankan hak adalah satu jihad. Sesungguhnya orang kafir dan munafik tidak suka dengan apa yang Allah berikan kepada orang Islam dan mereka mahu kita mengikut mereka. Orang kafir hendaklah diajar untuk menghormati perjanjian yang termaktub antara orang Melayu Islam dengan kaum pendatang..

Tuesday, October 12, 2010

Duduk menyilang kaki begini dilarang Nabi


Kalau tak silap saya ada hadis yang melarang orang Islam dari duduk menyilang kaki macam gambar diatas ni kerana seolah-olah mendoakan emak sendiri cepat meninggal.

Monday, October 11, 2010

Tak bangga jadi Melayu ?

Ada orang Melayu tak bangga jadi Melayu.
Orang Cina mengutuk Melayu yang bangga jadi Melayu.

Cina tu tak bangga ke jadi Cina ?

Nasib Melayu : Memang sudah kehendak Tuhan ?

Kehendak Tuhan tidak siapa boleh menghalang.

UMNO tidak lagi menyebelahi Melayu.
PKR tidak menyebelahi Melayu.
PAS pun tidak menyebelahi Melayu.
DAP tak kah lah pulak nak menyebelahi Melayu.
PERKASA, apa yang dia boleh buat sebagai NGO, tiada suara di Parlimen.
Melayu nak buat parti baru yang mahu mempertahankan hak Melayu, cuma akan lebih memecahbelahkan Melayu.

Itulah senario Melayu sekarang. TERSEPIT.

Persoalannya mengapa terjadi sedemikian kepada orang Melayu ? Apa salah silap orang Melayu hingga Tuhan menghukum orang Melayu ?

Hari yang sedih bila Najib berkata ini

Hari ini saya merakamkan rasa yang teramat sedih bila PM Najib berkata bahawa orang Cina bukan Pendatang di Tanah Melayu dan orang Cina tidak perlu berterima kasih kerana diberi kerakyatan.

Najib bercakap bagi kepentingan politiknya, bukan bagi kepentingan kaum Melayu yang melantiknya.

Perlembagaan dan Social Contract bercakap mengenai kaum, bukan individu, bukan Ah Chong, Mei Lin dan sebagainya, bukan pada peringkat inmdividu, tapi di peringkat kaum. Selagi seseorang itu dari kaum Cina, maka dia adalah dianggap pendatang di Tanah Melayu.

Apabila kaum Cina diberi kerakyatan sekali gus pada masa dulu, operasi pada masa itu adalah diperingkat kaum, bukan berpilih-pilih, Ah Chong diberi kerakyatan sementara Mei Lin tidak. Ah Chong dan Mei Lin diberi kerakyatan kerana mereka kaum Cina.

Pemberian kerakyatan bukan bererti mereka bukan Pendatang. Mereka adalah tetap Kaum Pendatang, sebab itu ada operasi memberi kerakyatan, bukan secara otomatik dapat kerakyatan. Kaum Cina adalah Pendatang yang diberi Kerakyatan.

Sunday, October 10, 2010

PERKASA hanya sebagai Penanda Aras

PERKASA dianggap oleh pemimpin-pemimpin Melayu sebagai penanda aras sama ada orang Melayu masih mahu mempertahankan hak mereka atau mereka sudah sudi memberi hak samarata kepada kaum-kaum lain. Kalau sokongan kepada PERKASA masih kuat, ini bermakna pemimpin Melayu harus berhati-hati dalam merobohkan hak-hak Melayu, tapi kalau sokongan kepada PERKASA sangat lemah, maka bolehlah usaha-usaha merobohkan hak Melayu dan menyamaratakan semua kaum dipercepatkan.

Tuesday, September 28, 2010

Perlu sebuah parti politik seperti PERKASA

Ibrahim Ali kata PERKASA akan tetap sebagai sebuah NGO dan tak akan jadi sebuah parti politik. Tapi, kalau PERKASA hanya tetap sebagai sebuah NGO, ia hanya setakat boleh menyalak, seperti anjing menyalak bukit, kalau kerajaan tidak mahu dengar pun PERKASA tak boleh buat apa. Bukan kita tak tahu, pemimpin Melayu yang dilantik oleh orang Melayu bila dah jadi pemimpin, mereka jadi juara bagi kepentingan sendiri dan kaum bukan Melayu. Kalau PERKASA sebagai NGO menyalak kuat sikit, kerajaan boleh ISAkan pemimpin PERKASA. Jadi, orang Melayu perlu sebuah parti Politik yang bertindak seperti PERKASA, supaya suara orang Melayu bukan setakat didengar tapi ada kuasa undi penentu dalam apa-apa isu, dalam parlimen, dalam penggubalan undang-undang, dalam perbincangan-perbincangan dan sebagainya. rata-rata, parti-parti Melayu seperti UMNO dan PKR dietuai oleh Melayu-Melayu yang belajar tinggi di luar negara dan mereka sudah hidup senang. Akibatnya mereka tidak prihatin terhadap nasib masa depan berjuta-juta lagi orang Melayu yang belum mencapai tahap pendidikan mereka. Biarlah orang Melayu lepaskan UMNO dan PKR, biar keduanya menjadi seperti Enau dalam Belukar melepaskan pucuk masing-masing. Orang Melayu perlu sebuah parti politik yang memperjuangkan golongan bawahan, orang-orang kampong yang masih menjadi senario besar dalam negara kita. 

Pakai songkok tak dapat pahala ke ?

1. Setahu aku, menutup kepala bagi lelaki itu adalah sunnah Nabi juga, kerana sentiasa diamalkan oleh Rasulullah.

2. Dulu aku pernah terbaca, menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, dibuat dapat pahala, kalau ditinggalkan tidak mengapa.

3. Sekarang ini, kita dapati sudah jadi macam trend bagi penceramah-penceramah agama untuk tidak menutup kepala. Ini boleh kita lihat terutamanya di TV.

4. Mengapa orang-orang yang pandai agama ini tidak mahu menutup kepala ? (1) Adakah kerana malu takut kelihatan ketinggalan zaman, atau (2) kerana beranggapan bahawa menutup kepala itu bukan Sunnah dan tidak ada pahala jika memakainya, atau (3) mereka tahu ada pahala jika memakai penutup kepala tapi beranggapan  'pahala' yang Allah peruntukkan itu tidak ada nilai ?

Saturday, September 25, 2010

Sikap Cina lebih kurang macam ni

M=Melayu
C=Cina
Ketua kampong= Pemimpin Melayu.

Satu hari M pergi berehat bawah pokok di luar rumahnya.
Tiba-tiba seorang C datang jumpa M.
C kata pada M : "saya dengar you punya paip dapur ada rosak, saya mau kasi bikin".
M kata : "Eh tak payah, baru saja rosak, tak penting sangat, tak ok pun tak apa."
C kuat memujuk (lebih berciri memaksa).
M akhirnya membenarkan C masuk rumah dan membetulkan paip.
M kesian pada C pun ada sebab dia tahu C sebatang kara datang jauh dari negara Cina.
M tak tengok apa yang C buat, dia berehat di ruang tamu, dia mudah percaya.
Bila agak lama, C tak keluar-keluar.
M masuk ke dapur dan berjumpa C.
C sedang berehat sambil hisap cerut.
Bila C nampak M, dia kata : "paip saya sudah bikin ok, cantik."
C menambah kata : "Kalau saya tak bikin, lu punya rumah mesti teruk punya."
M diam saja. Dalam hati dia kata 'aku tak suruh pun. Kau yang beriya-iya. Aku kesian kat kau'.
Dia tanya C : "Berapa ni harga ?"
C jawab : "Eh tak payah bayar".
C tambah kata : "saya suka lu punya dapur. saya pun sudah bikin lu punya dapur. Lu tak payah bayar, lu kasi saja saya tinggal dalam lu punya dapur."
M kata : "Eh mana boleh itu macam."
C kata : "Lu mesti kasi saya tinggal sini. kalau tak, you olang bukan kenang budi. Lu jahat punya olang".
M marah dalam hati, tapi tak kuasa nak lawan cakap C.
M benarkan C duduk dalam satu bilik sebelah dapur.
Dari tahun ketahun, C yang ringan tangan, suka betulkan rumah M dari satu bahagian ke satu bahagian.
Setiap kali dia betulkan satu bahagian, dia mahu dia diberi kebebasan lebih luas di rumah M.
M berjumpa ketua kampong mengadu hal itu.
Ketua kampong beritahu M : "tak apalah, dia dah banyak berbakti kat rumah kau, berilah dia kebebasan, dia pun dah anggap rumah kau macam rumah dia sendiri, lagi pun dia dah lama kat rumah kau, kalau tak ada dia tentu rumah kau tak secantik sekarang. Senang cakap, kau ni bodoh".
M terpinga-pinga dengan kata-kata ketua kampong.
Hilang rasanya tempat dia mengadu.
Menangislah M tak berlagu.
M jumpa peguam.
C pun jumpa peguam.
Atas prinsip XXX, hakim benarkan C tinggal di rumah M, malah hakim beri lebih kuasa kepada C dalam rumah M.

Friday, September 24, 2010

Ayat tentang sihir

Maksud Ayat 102 Al-Baqarah :

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaiu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfa'at. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya sendiri dengan sihir, kalau mereka mengetahui."

Monday, September 20, 2010

Antara ular dan Keling

"Kalau jumpa ular dengan Keling, bunuh Keling dulu"

1. Ini ungkapan yang aku banyak kali dengar masa aku masih kecil-kecil dulu (tahun 60an/70an). Aku rasa ungkapan ini popular dikalangan seluruh orang Melayu.

2. Kat tempat aku boleh katakan tak ada sorang pun Keling, jadi tak timbul tanda atau bukti yang orang Keling lebih jahat dari ular. Tapi, macamana ungkapan itu disebut oleh orang tempat aku, aku pun tak tahu, mungkin kerana sosial antara penduduk dengan penduduk tempat lain yang mengalami pengalaman bergaul dengan Keling.

3. Pada masa itu, Keling dimaksudkan lebih kepada puak Tamil, bukan kepada puak India yang lain seperti Malbari, Bai dan sebagainya.

4. Pada masa itu, kalau ada orang Keling lalu dalam kampung aku, orang Keling tidak marah pun kalau dipanggil 'Keling'. Tak tahulah kalau mereka memendam rasa.

4. Oleh kerana gelaran 'Keling' tidak diterima oleh puak Tamil sekarang, maka aku anggap kaun Keling sudah tidak ada lagi di Tanah Melayu.

5. Walaupun kaum Keling sudah tidak ada dan aku tak tahu mereka betul ke jahat, tapi tapi sekarang aku tahu yang puak tamil memang mampu berlaku sangat kejam dan menunjukkan daya jahat mereka (kes Sosilawati).

6. Bagaimanapun, tak berani cakap "kalau jumpa ular dengan Tamil, bunuh Tamil dulu" kerana ada Isa.

Sunday, September 19, 2010

Antara lagu Selimut Putih dan ESQ Training

Lagu Selimut Putih mengingatkan tentang mati. ESQ Training juga mengingatkan tentang mati. Tapi, lagu Selimut Putih diharamkan kerana kononnya menyebabkan manusia jadi takut, tapi latihan ESQ tidak pula diharamkan walaupun latihan ESQ kelihatan menjadikan peserta menangis teresak-esak.

Friday, September 17, 2010

Memperkasa hak Melayu : Dulu dan sekarang

1. Dulu, memperkasa hak Melayu adalah kewajaran, diterima dan di sedari oleh semua kaum.

2. Sekarang, memperkasa hak Melayu sudah dianggap sebagai ketidakadilan dan perkauman oleh segelintir pemimpin Melayu, dan DS Najib sendiri menganggap memperkasa hak sesuatu kaum itu sebagai perbuatan melampau oleh segelintir pelampau, dan beliau sedang, melalui 1Malaysia, mengakui bahawa dia sedang melaksanakan 'work in progress' untuk mengikis hak Melayu dan sekaligus mengangkat bukan Melayu supaya mempunyai hak samarata dengan orang Melayu.

Sunday, September 5, 2010

Jangan pedulikan Mustar Bona Ventura Manurung

Kerana dia itu seorang Kristian.

Against homosexuality : How to counter this ?

(1) Sexuality is an instinctive choice, not a moral choice. A man finds women sexually attractive not because 'it is the right thing to do' but because it stirs responses from within which he has no control over.

(2) Homosexuality is an inherent nature of a person.

Saturday, September 4, 2010

ESQ Training

Berdasarkan satu program di TV, saya dapati :

1. 'God Spot' tidak merujuk secara khusus kepada Allah SWT. Ini dengan secara halus membuat peserta beranggapan bahawa Tuhan itu boleh dirujuk kepada siap-siapa saja, samada Jesus, tuhannya Hindu dan sebagainya. Sangat halus.

2. Dalam ceramah yang disampaikan oleh penceramah ESQ, mereka hanya menyebut 'Allah', bukannya Allah SWT atau Allah Azzawajalla. Terdapat kecenderungan untuk menaksir bahawa bagi ESQ, 'Allah' itu bermaksud 'Tuhan' yang merujuk kepada mana-mana Tuhan dari mana-mana agama, bukan merujuk 'Allah' itu sebagai nama khusus bagi Tuhan Yang Esa.

3. Dalam ceramah yang disampaikan oleh penceramah di TV, latarbelakang pentas adalah berwarna biru dengan hiasan bintang-bintang. Struktur ini hampir sinonim dengan corak Kristian yang gemar warna biru dan penggunaan bintang-bintang, bukan simbol bulan dan bintang dan warna hijau. Ini mungkin cara halus untuk mengalih pengenalan orang Islam lari dari amalan biasa muslim tapi mengarah kepada corak dan simbol Kristian.

4. Dalam ceramah yang disampaikan oleh penceramah di TV, penceramah tidak menyebut langsung ayat-ayat Quran atau hadith sebagai rujukan tetapi menggunakan pendekatan akal fikiran semata-mata.

5. Dalam ceramah yang disampaikan oleh penceramah di TV, modus operandinya ialah seolah-olah mahu membuat peserta menangis teresak-esak. Ini adalah modus operandi yang memang jadi amalan penceramh-penceramah Kristian. Penceramah-penceramah Muslim biasanya lebih berpijak dibumi nyata, bukan mencipta tangisan.

Friday, September 3, 2010

Masuk Islam adalah hidayah dari Allah

Masuknya seseorang kedalam agama Islam adalah hidayah Allah kepada orang itu. Oleh itu apabila kita berkata bahawa kita berbuat baik kepada seorang yang bukan Islam untuk membuat orang itu tertarik kepada Islam atau mahu masuk Islam kononnya dengan usaha kita, ini bermakna kita telah melakukan kesalahan kepada Allah kerana kita seolah-olah mengambilalih peranan Allah. Kalau kita mahu berbuat baik kepada orang bukan Islam, lakukanlah kerana ia adalah mengikut suruhan dan batas yang Allah dan Rasulnya telah tentukan, bukan kerana mahu menarik orang bukan Islam itu supaya masuk Islam, kerana bukan kita yang memberi hidayah kepada orang bukan Islam itu. Oleh itu, awasilah langkah kita, jangan berbuat baik kepada orang bukan Islam sehingga melanggar batas yang ditetapkan Allah, kononnya supaya menarik orang bukan Islam kepada Islam. Allah memberi hidayah dengan cara yang bukan kita fahami. Oleh itu janganlah risau kalau orang Islam tidak masuk Islam.

Thursday, August 5, 2010

Mengapa Melayu berpecah

Kerana pemimpin Melayu memecahkan Melayu kepada 2 kumpulan : Melayu kerajaan dan Melayu swasta. Melayu kerajaan kerja lebih kurang tapi dapat banyak kemudahan. Melayu swasta tepaksa bekerja keras untuk mencari kemudahan sendiri.

Kahwin di usia muda

1. Kahwin adalah pelajaran seks yang terbaik, bukan di kelas-kelas.

2. Perkahwinan tidak menghalang pelajaran. Ramai pasangan yang berkahwin dan beranak pinak masih meneruskan pelajaran.

3. Wali yang menikahkan anak hendaklah bertanggungjawab menyara anak (termasuk menyediakan kos pelajaran) yang belum ada punca pendapatan sehingga anak dapat punca pendapatan sendiri.

Why they report it this way ?

"Sime Darby closed at RM7.70 per share yesterday, falling one sen from the opening price. It has lost nearly some RM6 billion in market capitalisation since news of its troubles became public last May 13."

The party that actually suffer the loss in market capitalisation is the investor, not the company in which the investors invest. This type of reporting is almost a practice in the media. The reports should not say 'it' but to replace it with 'the investors'. 

Friday, July 9, 2010

Tun Mahathir menghina orang Melayu Kg Baru

Beliau berkata pembaharuan perlu dibuat kerana kedudukan Kampung Baru di tengah pusat bandar raya akan mencacatkan pemandangan. “Kalau simpan macam sekarang nampak cukup hodoh, jadi sampai bila mereka (penduduk) mahu duduk macam itu? “Mereka memang sudah tolak cadangan untuk orang bukan Melayu terlibat dalam pembangunan Kampun Baru tapi sampai bila mereka nak duduk di rumah buruk itu?” katanya.

sumber http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-m-usaha-bangunkan-kg-baru-perlu-libatkan-bukan-melayu/

Tuesday, July 6, 2010

Fakta FIFA World Cup 2010

1. Uruguay, semi-finalist, hanya mempunyai penduduk 3.4 juta.

2. Korea utara, sebuah negara bankrap, berjaya masuk ke Piala Dunia.

3. Greece, sebuah negara bankrap juga, berjaya masuk Piala Dunia.

Malaysia ?

Sunday, July 4, 2010

Penubuhan Perkasa : Apa maknanya

1. Dulu orang Melayu hanya perlukan UMNO, tidak perlukan badan lain seperti Perkasa untuk berjuang bagi pihak mereka.

2. Penubuhan Perkasa memberi erti UMNO sudah tidak bersuara bagi orang Melayu.

3. Orang Melayu, apabila dilantik menjadi pemimpin oleh orang Melayu, mula mengasingkan diri dari jiwa orang Melayu. Hairan dan menghairankan.

4. Orang Cina atau India, apabila dilantik menjadi pemimpin oleh kaum mereka, mereka menjadi semakin kuat memperjuangkan kaum mereka, mereka tahu menghargai kaum mereka yang telah memilih mereka.

Friday, July 2, 2010

"This is a multi-racial country". So what ?

Yes, Malaysia ia a multi-racial country. "Multi-racial" means she has many races.

1. It does not mean that the Melayu have to forego their rights.

2. Historically, this land become a multi-races because it was forced upon by the Western power.

3. When the Westen power came, the Melayu was weak. The weakness does not give the right to the Western power to invade the Melayu and dictate terms.

4. Now since the Western power was no longer in control of Tanah Melayu, the Melayu may regain control over their land.

Tuesday, June 29, 2010

Apa yang Cina Malaysia harus disedarkan

1. Bilangan penduduk Negara Cina tu (termasuk Taiwan, Hong Kong dan Macau) berpuluh kali ganda dari penduduk Melayu Malaysia tapi pencapaian mereka tak setinggi mana pun.

2. Berjuta-juta orang Cina yang melarat di negara Cina.

3. Kalaulah orang Cina tu kaum yang maju, mengapa dulu sanggup berhijrah ke Tanah Melayu.

4. Kumpulan awal orang Cina yang datang ke Tanah Melayu ramai yang menipu orang Melayu dan merasuah orang Melayu untuk meneruskan hidup di Tanah Melayu.

5. Kumpulan awal orang Cina yang datang ke tanah Melayu ramai yang miskin hingga ramai yang menyerahkan anak-anak mereka kepada orang Melayu untuk di bela sebagai anak angkat.

6. Orang Cina yang berbangga ada duit banyak kerana berniaga tidak sedar bahawa pelanggan utama mereka ialah orang Melayu. Apakah peniaga boleh hidup tanpa pelanggan.

Friday, June 25, 2010

Judi : Masih ada pemimpin yang fikir macam ni

1. Mereka kata kalau judi dihalalkan akan mengurangkan aktibiti judi haram.
2. Memang betullah, tapi apa maknanya, apa substance nya. Kalau cakap 1 + 1 = 2 semua pun orang boleh cakap. Budak kecik pun boleh cakap. Ini menteri yang cakap. Menteri pun cakap macam budak kecik ke.
3. Katakan kat negara kita ada 1 juta orang yang suka berjudi. Setiap orang berjudi sekali seminggu. Maknanya dalam setahun ada 1 juta X 52 minggu = 52 juta aktibiti berjudi.
4. Kalau sebahagian aktibiti judi dihalalkan, sebahagian aktibiti yang tidak dihalalkan akan tetap ujud. Ini bermakna, jumlah aktibiti judi tidak berubah. Yang berubah hanya bilangan aktibiti judi halal (bertambah) dan bilangan aktibiti judi haram (berkurang).
5. Menghalalkan aktibiti judi akan memberi signal kepada orang yang belum tahu berjudi bahawa judi itu aktibiti yang baik dan dihalalkan oleh negara. Ini boleh menambah aktibiti judi dalam negara.
6. Kalau aktibiti judi halal mahu ditambah kerana semata-mata mahu menambah hasil negara, TAK TAHULAH apa lagi nak cakap. Menteri tu pun orang Islam juga.

Tuesday, June 22, 2010

Cadangan Mansuh UPSR dan PMR

1. Dulu masa nak buat UPSR dan PMR, tak pikir panjang ke ?
2. Dulu BN juga yang laksana UPSR dan PMR. Sekarang BN juga yang nak buang.
3. Kalau tak silap, lebih kurang orang-orang tu jugak yang dok pulas-pulas mikir cari jalan supaya UPSR dan PMR dilaksanakan. Sekarang, orang-orang yang sama memulas otak macamana nak buang UPSR dan PMR.
4. BN nak minta pendapat rakyat, betul ke nak dapatkan pendapat berjuta-juta orang ?
5. Berapa banyak belanja dan masa digunakan untuk menganalisa pendapat rakyat ?
6. Sebenarnya pendapat rakyat yang mana yang hendak diguna pakai ?
7. Sebenarnya, dulu diadakan UPSR dan PMR atas desakan masyarakat Cina kerana mereka rasa mereka akan dapat untung kerana Melayu masa tu rata-rata masih bodoh. Sekarang, bila keputusan-keputusan peperiksaan menunjukkan Melayu makin pandai, mereka nak hapuskan UPSR dan PMR dan akan cari jalan lain lah nanti. Pemimpin Melayu jangan jadi dungu kena main dengan kepala otak Cina.. 

Nik Aziz galakkan perempuan bersolat Jumaat ?

Setahu aku, perempuan TIDAK digalakkan bersolat Jumaat, sebab tu dari dulu hanya orang laki-laki yang bersolat Jumaat. Takut nanti Nik Aziz kata perempuan pun boleh jadi imam solat. Boleh sama idea pulak dgn perempuan Amerika tu, entah lupa lak nama dia. Kalau perempuan pun bersolat Jumaat sapa nak jaga anak kecik kat rumah ? Kot anak-anak semua kena bawak g masjid jugak. Kadang-kadang, sesuatu 'galakan' itu ditafsir sebagai 'kewajipan'. nanti ada isteri yang berkeras nak bersolat Jumaat atas alasan itu satu 'kewajipan' walaupun suami tak bagi. dah gaduh la pulak nanti ... 

Wednesday, June 16, 2010

Sandakan pada 13.6.2010 hingga 19.6.2010

1. 'Banjir' ... pun sama digunakan.
2. KL panggil 'awek', sana panggil 'cewek'.
3. Pejalankaki boleh tahan kereta sampai berhenti.
4. Di sesetengah tempat, nak buka paip, pusing kanan (arah jam).
5. Bas Mini sungguh banyak.
6. Hotel mudah didapati.
7. Teksi senang didapati.
8. Orang-orangnya peramah walaupun pada mulanya nampak buat tak tahu kat kita.
9. Kita sebagai tetamu, maka tuan rumah expect kita yang harus belanja (treat) mereka, bukan sebaliknya (sama seperti di Medan Sumatera).

Tuesday, June 15, 2010

Persekitaran mempengaruhi individu

 Dalam rancannag Bicara Mufti pada pagi Selasa 14 Jun 2010, Timbalan Mufti Selangor menyatakan bahawa persekitaran boleh membentuk dan mempengaruhi perangai dan sikap seseorang, contohnya anak belajar berbohong kalau melihat ibubapanya berbohong. Saya fikir secara amnya semua orang berpendapat memang persekitaran boleh mempengaruhi. Tetapi mengapa pihak kerajaan menyediakan persekitaran yang tidak baik contohnya persekitaran untuk berjudi, persekitaran untuk minum arak, persekitaran untuk berbuat maksiat dan sebagainya.

Thursday, June 10, 2010

Mengapa bukan Melayu tak suka sejarah ?

Mengapa bukan Melayu Cina dan India tak suka mata pelajaran sejarah, maksudnya sejarah tanah Melayu ? Sebab sejarah tanah Melayu tidak memihak kepada mereka. Cuba ajarkan sejarah benua Cina dan India, berlumba-lumba mereka nak belajar kerana mereka bangga dengan sejarah mereka.

Anak bangsa Malaysia. Ada ke ?

Anak bangsa Australia di negara Australia. Ada ke ?
Anak bangsa Cina di Negara Cina. Ada ke ?
Anak bangsa Amerika di negara Amerika. Ada ke ?
Anak bangsa India di negara India. Ada ke ?

Bila nak santau Israel ?

Kepada pakar-pakar santau dan ilmu hitam dari Malaysia, Indonesia dan Siam, bila nak hantar santau kat orang-orang yahudi yang laknat tu ?

Monday, June 7, 2010

Arab Mesir tak nak tolong Arab Hamas

Mesir takut kat Israel. Sebab tu Mesir tak nak tolong Hamas. Nak runding macamana antara Mesir dan Hamas demi Islam kalau orang dah takut ? Orang Mesir ni memanglah keturunan Firaun (Eh ye ke ? ada kot darah Firaun sikit-sikit), tapi tak lah seberani Firaun dulu-dulu. Firaun dulu dibuatnya yahudi tu hamba abdi. Ada sapa yang nak buat sajak berjodol 'Aku merindui Firaun...'.

Betul ke PAS marah kat Israel ?

Dulu PAS beriya-iya tak boleh kawan dengan kafir, tapi lepas tu peluk-peluk DAP.
Nik Aziz sendiri kata boleh kawan dengan Setan demi mengukuhkan PAS.
Boleh caya ke PAS ni ?

Friday, June 4, 2010

Cerita ceriti

Pada suatu kali, Mamat sangat marah pada Dolah kerana Mamat telah membuat tuduhan-tuduhan dan memfitnahnya. mamat berkata kepada Dolah 'Aku tak akan maafkan kau sehingga kau cium ibu jari kaki aku'. Mereka kemudian berpisah. Setelah beberapa tahun, Dolah teringat untuk meminta maaf dari Mamat. Dolah pun mencari Mamat. Setelah terjumpa, Dolah berkata pada Mamat 'Tunjukkan akau ibu jari kaki kau'. Mamat tiba-tiba marah dan menumbuk Dolah. Mamat berkata 'Aku tak akan maafkan kau sehingga .....' tapi dia tak menghabiskan kata-katanya. Rupa-rupanya Mamat dah hilang ibu jari kakinya, sebab itu dia marah pada Dolah, dan dia tak habiskan amarannya kerana dia takut berlaku lagi yang tak baik padanya. Moralnya, kalau nak minta maaf jangan tunggu samai orang tu hilang ibu jari kaki.

Wednesday, June 2, 2010

Menyedari persepsi sendiri

Menyedari persepsi diri sendiri terhadap seseorang lain bukan suatu yang mudah. Bagaimanapun, kita seharusnya berusaha untuk memeriksa persepsi yang kita pegang tentang seseorang kerana persepsi kita dibentuk oleh media dan pergaulan kita.

High Income nation vs removal of subsidies

Make Malaysia a high-income nation first, where every rakyat has high income, and when it is achieved, only then remove the subsidies.

Monday, May 31, 2010

Kg Baru : Dari 100% jadi 60%

1. Kg Baru KL milik 100% Melayu.
2. Datang pemimpin Melayu mencadangkan supaya Kg Baru dibangunkan.
3. Orang Cina tak sebok pun nak suruh org Melayu bangunkan Kg Baru.
4. Orang India pun tak sebok-sebok suruh orang Melayu bangunkan Kg Baru.
5. Pemimpin Melayu yang sebok-sebok suruh orang Melayu bangunkan Kg Baru.
6. Pemimpin Melayu kata kononnya mereka segan dan malu dengan orang Cina dan India dan orang putih yang datang KL bila mereka tengok keadaan di Kg Baru.
7. Sedangkan sebenarnya keadaan Kg Baru tu okay saja, maju, aktibiti rancak dari semua segi, perniagaan, pendidikan, keagamaan dan sebagainya. Kawasan pun bersih.
8. Kemudian datang lagi cadangan yang lebih teruk.
9. Cadangan itu pun datang dari pemimpin Melayu.
10. Pemimpin Melayu itu mahu orang bukan Melayu dapat 40% dari pembangunan Kg Baru.
11. Orang Cina tak sebok pun nak mintak apa-apa bahagian.
12. Orang India pun tak sebok-sebok mintak apa-apa bahagian.
13. Pemimpin Melayu yang sebok-sebok suruh orang Melayu bagi 40% kepada orang Cina/India.
14. Dulu guna alasan segan, sekarang nak guna alasan apa ye ?
15. Ada lagi pemimpin Melayu yang dengki khianat pada bangsanya sendiri, tak senang tengok bangsanya duduk aman damai dan bahagia. Ada saja gatal tangan kaki dan kepala hotak nak mengurangkan hak orang Melayu.
16. Pemimpin Melayu itu orang-orang UMNO kah ?

Thursday, May 27, 2010

M-S Pte Ltd : Dari 60:40 ke 0:100

Tanah KTMB dijual kepada Syarikat M-S Pte Ltd. Malaysia pegang saham 60%, Temasek Holdings pegang 40%. Dah namanya pun saham, senang di dijual beli. Nanti pasti Temasek akan beli yang 60% tu. Bukan susah, boleh ke Kerajaan Malaysia mentadbir perniagaan di luar negara dengan berjaya ? Belum ada rekod kejayaan. Tentu saham jatuh, Temasek bukan tak nampak hal tu. Masa tu, 60% akan kena ngap dengan Temasek. Temasek tu bermain di padang sendiri, banyak kelebihan dan tentu banyak undang-undang Singapura yang memihak kepada Temasek. Ingat, M-S Pte tu Pte Ltd, bukan Sdn Bhd. Kalau kerajaan Singapura buat pindaan pada undang-undang syarikat yang memihak kpd syarikat tempatan, apa Kerajaan Malaysia boleh buat ?

Wednesday, May 26, 2010

Anak Tun razak tak semestinya macam Tun Razak

Kita silap bila beranggapan anak Tun Razak akan bersikap, mempunyai semangat, berjiwa seperti Tun Razak. Bertahun-tahun kita menunggu dan berharap Tun Razak telah menurunkan ilmunya kepada anaknya dan membentuk anaknya supaya jadi macam dia, sebab itu kita bagi sokongan pada anaknya semata-mata kerana dia anak Tun Razak yang kita kenali jasanya dan jiwanya. Kita silap. Pembetulan ? Harus dilakukan. 

Perkahwinan

Perkahwinan ialah untuk seorang lelaki berhempas pulas cari duit hantaran untuk diberi kepada pihak perempuan supaya lelaki itu dapat menghambakan diri kepada isterinya. Kakakakakakaka....

Subsidi ditiadakan, tol diturunkan, siapa untung, siapa rugi

Tol linkedua akan diturunkan :
===>  Orang Malaysia untung, Orang Singapura untung.
Semua subsidi akan ditiadakan :
===> Orang Malaysia rugi, orang Singapura tak rugi tak untung.

Nampaknya akaun tak seimbang.

Monday, May 24, 2010

Lesen judi membantutkan plan aku

Aku baru plan nak suka balik kat BN lepas aku rasa PR tu lebih teruk tapi bila BN keluarkan lesen judi baru untuk bola Piala Dunia, rancangan ni aku bantutkan ... sekarang aku terawang-awang ...

Saturday, May 22, 2010

Ya Allah, apakah ini memang yang Engkau kehendaki ?

Ya Allah, adakah ini memang yang Engkau kehendaki, bahawa IslamMu di Tanah Melayu akan menjadi layu, dan orang Melayu yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan agama Mu tiba-tiba menjadi layu ?

Komplen pasal sambutan Hari Guru

Pada Jumaat 21 Mei 2010 diadakan acara sambutan Hari Guru di sekolah anak saya, sebuah sekolah rendah. Guru-guru menunjukkan bakat masing-masing dengan membuat persembahan nyanyian dan lawak. Acara dibuat di padang perhimpunan. Acara bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Sebelum hari berkenaan, murid-murid diberitahu mereka boleh datang atau boleh tidak datang ke sekolah. Murid-murid yang datang dipaksa menonton persembahan guru-guru ditengah panas dan tidak dibenarkan tinggal di kelas. Persembahan rehat sebentar pada pukul 10 tapi hanya setengah jam. Murid-murid berebut untuk membeli makanan di kantin. Pada hari itu, murid-murid sesi petang di suruh hadir pada sesi pagi. ramai murid tidak sempat untuk membeli makanan dikantin kerana kantin sesak. Selepas persembahan tamat, guru-guru makan dikantin tapi tak ada jamuan untuk murid-murid. Ramai murid-murid kelaparan setelah kepanasan. Untunglah murid yang tak hadir sekolah pada hari itu. Macamanalah guru-guru dan guru besar boleh memaksa murid melihat persembahan tapi tidak menyediakan minuman dan makanan untuk murid-murid sedangkan sekolah menyediakan pula peruntukan untuk guru-guru menjamu makanan.

Morally wrong, legally right

MB Selangor membuat komen berkaitan penjualan rumah kos rendah kepada pegawai-pegawai MBPJ : Low-cost homes sold to MBPJ officers cannot be taken back. It is morally wrong but legally right - The Star Saturday 22 May 2010 page N16.

Persoalan :

1. Dari sudut Islam, apakah terdapat konsep 'morally wrong, legally right' ?
2. Tidakkah sepatutnya moral disokong oleh legal ?
3. Mana harus diberi keutamaan : moral atau legal ?